Belajar Forex dengan saya

Saturday, October 20, 2012

DALAM POLITIK,BUKAN SEKADAR BERCAKAP.

Debaran PRU13 (Pilihanraya Umum ke-13) semakin terasa. Cabaran Parti memerintah iaitu BN (Barisan Nasional) adalah cabaran yang getir dan juga satu cabaran yang menguji tahap keberkesanan perlaksanaan dasar-dasar serta Janji Parti Barisan Nasional yang telah ditunaikan dan janji yang dalam usaha untuk dilaksanakan. SABAH,kini mempunyai arus perubahan yang ketara sejak Barisan Nasional memerintah Negeri ini dari 1994 yang lepas dan ketika UMNO mula bertapak di Negeri ini lewat 1990an yang lalu. Pembangunan yang ketara dan juga kemudahan-kemudahan demi kepentingan rakyat juga telah terlaksana yang mana Kerajaan BN merealisasikan pembangunan tersebut. Pembangkang yang ujud di Negeri ini bak cendawan menimbulkan pelbagai isu yang cuba untuk menggugat serta mempengaruhi rakyat Sabah khasnya. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Adakah Pembelaan rakyat yang sebenarnya ataupun ada agenda lain? Sepatutnya pihak merekalah tahu intipati perjuangan mereka sendiri. Diperingkat akar umbi khasnya Kampung Bokara, Kerajaan Barisan Nasional telah banyak membawa beberapa perubahan dari segi infrastruktur serta kemudahan kampung termasuk juga bantuan PBR/PPRT untuk rakyat miskin di kampung yang menjadi keutamaan Kerajaan bagi meringankan sekaligus menyelesaikan masalah kediaman keluarga yang mempunyai pendapatan rendah. Program-program yang dianjurkan oleh UMNO dan juga wakil-wakil rakyat BN di kampung ini banyak membawa manfaat dan melalui program tersebut ikatan antara wakil rakyat dan warga kampung/pengundi bertambah erat. Sudah menjadi kebiasaan, dimana ada Kekuatan disitu juga tetap pembangkang. Cuma pihak pembangkang di peringkat Kampung Bokara ini hanya tahu menimbulkan isu peribadi dan remeh yang sama sekali tidak membawa manfaat kepada rakyat khususnya warga kampung ini. " Dalam Politik,Bukan hanya sekadar bercakap." Program untuk warga kampung tiada dibuat,program amal,sukan atau apa sahaja juga tiada dibuat.Yang ada hanya gosip,dan menimbulkan isu-isu remeh sahaja. Dipihak Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara sudah cukup bersedia menghadapi PRU13 untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Negeri ini khasnya kawasan Parlimen Batu Sapi.

No comments: