Belajar Forex dengan saya

Friday, November 16, 2012

ISRAEL patut musnah di Bumi ini!

Kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Laknatullah Israel ketika membedil penduduk Palestin baru-baru ini dilihat satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan sungguh kejam serta tidak beradab dan berhati perut. Israel dengan angkuhnya tidak lagi segan silu mendabik dada kan perbuatan terkutuk mereka itu.
Berikut adalah sumber berita dari www.utusan.com.my NEW YORK 15 Nov. - Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza, yang mereka anggap tidak sah, selepas perancang utama pejuang Hamas, Ahmed Jabari terbunuh dalam serangan udara terbarunya ke atas wilayah Palestin itu. Pada mesyuarat tertutup yang diadakan malam tadi, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, Israel 'tidak beradab' dan bangga dengan tindakannya membunuh penduduk Palestin. Mansour turut mendakwa Israel sedang melakukan jenayah perang ke atas Palestin. "Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin," katanya. Bagaimanapun, Israel mendakwa serangan tersebut dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan roket oleh pejuang Palestin selama beberapa hari ke atas wilayahnya. Duta Israel ke PBB, Ron Prosor sebelum itu berkata, tiada sesiapa yang membuat bantahan ketika pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke atas penduduk awam Israel, sambil menambah kata, tidak ada negara yang boleh bertolak ansur terhadap perbuatan seperti itu. Dalam perkembangan lain di Gaza, sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin maut, selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin itu hari ini, menyebabkan angka kematian dalam operasi ketenteraan terbaru Israel ke atas pejuang Palestin di Gaza meningkat kepada 11 orang, manakala lebih 100 lagi cedera. Sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota pergerakan itu dan mereka diserang ketika sedang menaiki kenderaan. Serangan yang dimulakan Israel sejak semalam yang mengorbankan Jabari itu diikuti dengan 60 lagi serangan udara, menyebabkan lima terbunuh, dua daripada mereka kanak-kanak, menurut Menteri Kesihatan Hamas, Mufid Mukhalalati pada satu sidang media, semalam. - AFP Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121116/lu_01/PBB-didesak-halang-Israel#ixzz2COMkxlsf © Utusan Melayu (M) Bhd

Persidangan UMNO Rumusan Gerak Kerja Parti Menjelang PRU

Persidangan UMNO Rumusan Gerak Kerja Parti Menjelang PRU


KUALA LUMPUR, 16 Nov. – Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung hujung bulan ini amat penting sebagai satu rumusan kepada gerak kerja parti untuk penggal ini sebelum berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, kata Setiausaha Agung Mubarak, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

“Persidangan Agung pada tahun ini amat penting bagi menghadapi PRU yang ke-13 untuk merumuskan segala usaha, pendekatan dan juga program bagi memastikan kemenangan
BN dalam PRU.

“Saya pasti perwakilan akan membincangkan secara serius perkara-perkara yang bersangkut dengan kemajuan UMNO selama ini dan usaha-usaha menentukan kepada perancangan ke arah PRU,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, sebagai parti yang besar dan memainkan peranan signifikan dalam kemajuan dan pembangunan negara sudah pastilah perwakilan akan menumpukan untuk melontarkan segala idea dan pandangan agar ia dirumuskan menjadi satu perancangan dan gerak kerja untuk menjamin kepada kemenangan pada PRU. – MediaUMNO

Kepimpinan PAS Di Minta Berhenti Bohongi Ahli dan Rakyat Tentang Perlaksanaan Hudud dan Negara Islam

Kepimpinan PAS Di Minta Berhenti Bohongi Ahli dan Rakyat Tentang Perlaksanaan Hudud dan Negara Islam


Kuala Lumpur, 16 Nov -  PAS dilihat sanggup mengorbankan prinsip perjuangan mereka untuk menegakkan negara Islam dan secara berterusan membohongi ahli dan rakyat tentang usaha mereka untuk menegakkan negara dan undang-undang Islam di negara ini semata-mata demi kepentingan kuasa dan politik mereka.

Justeru itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato Zulkifli Nordin meminta agar kepimpinan PAS supaya berhenti dari berbohong kepada ahli-ahli parti mereka serta rakyat, tentang usaha mereka untuk mendirikan negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.

“Pada 18 Disember 2009, secara sedar kepimpinan tertinggi PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan antara DAP dan PKR di mana di dalam perjanjian tersebut, sekiranya Pakatan Pembangkang menguasai kerajaan, negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda. Mereka sedar tentang perkara itu tetapi kepimpinan PAS tetap menandatangi perjanjian tersebut.

“Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut. Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang  berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sebab itu kata beliau lagi, ahli-ahli PAS perlu membuka mata bahawa segala agenda hudud dan perlaksanaan negara Islam yang diperkatakan saban hari oleh kepimpinan PAS, tidak akan menjadi realiti sekiranya ditakdirkan Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pusat pentadbiran Putrajaya.

“Pada saya, ahli-ahli PAS akar umbi dibohongi oleh kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya pernah buat kenyataan supaya ahli PAS untuk mendesak mengadakan satu muktamar agung khas untuk membentangkan betul-betul apa perjanjian dan isu-isu berkenaan hal hudud dan perlaksanaan negara Islam.

“Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini. Beritahu pada ahli, bahawa Anwar saebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan perlaksanaan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa,” tegasnya lagi.

Tambahnya lagi, sekiranya perkara itu sudah didedahkan kepada ahli akar umbi, maka terpulanglah kepada ahli akar umbi samada untuk menyokong atau tidak keputusan berkenaan isu hudud dan perlaksanaan Islam sepertimana yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi ke tiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang.

“Kalau mereka dah tau tentang hal itu, tetapi mereka mahu menyokong juga terpulanglah pada mereka. Apa yang penting, kepimpinan PAS perlu memberitahu secara telus dan jujur tentang pendirian dan perjanjian di dalam Pakatan Pembangkang di dalam isu hudud dan perlaksanaan negara Islam, “ jelasnya.

Beliau juga meminta agar rakyat khususnya ahli PAS agar tidak membuat kesilapan seperti mana yang pernah dilakukan olehnya dan rakan-rakan yang mana secara sembrono dan membabi buta menyokong Anwar Ibrahim.

“Kita kena periksa dululah, samada apa yang kita dengar itu betul atau tidak. Jangan ulang lagi kesilapan saya dan kawan yang menyokong tanpa usul periksa. Hari ini apabila saya mula meneliti dan memeriksa dengan lebih mendalam, semakin lama semakin jelas, begitu banyak benda-benda yang tidak betul berlaku,” katanya. -MediaUMNO

Thursday, November 15, 2012

Malaysia Terjemah Konsep Hijrah Dalam Transformasi Negara

.
KUALA LUMPUR, 14 Nov – Pendekatan Hijrah telah diterjemahkan dalam melaksanakan transformasi negara demi membawa Malaysia ke suatu keadaan yang lebih baik. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berpegang dengan definisi hijrah yang memberi maksud perpindahan atau perubahan, Malaysia telah melakukan perubahan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. “Hasilnya, Malaysia kini menjadi antara negara yang sering mendapat pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif,” kata Najib di dalam perutusan Maal Hijrah beliau dalam blog www.1Malaysia.com.my, di sini, Rabu. Melafazkan rasa syukur kerana Malaysia masih dapat menyambut Maal Hijrah 1434H tahun ini melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat, Najib kata ia bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada kali ini iaitu ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Berhijrah kata Najib adalah sebahagian daripada melaksanakan misi ketakwaan dan ianya adalah satu perintah yang perlu dilakukan sepanjang masa. “Kita mestilah sentiasa berhijrah setiap masa bagi mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat…mesti sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat Allah,” katanya, merujuk ayat 218 Surah Al-Baqarah yang menyentuh konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah swt. Najib berkata syariat Islam secara fitrahnya jika diamalkan akan menyatukan ummah dilihat daripada kesatuan dan kepimpinan yang mampu menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna kulit. Katanya Malaysia telah menjana satu fikrah berkenaan tonggak kesatuan dan perpaduan melalui pendekatan wasatiyyah yang telah digarapkan dalam segenap perkara di dalam pelaksanaan pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang di negara ini. “Sesungguhnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama dapat ditingkatkan,” kata Najib yang menambah bahawa konsep itu juga dapat mempertingkatkan nilai kualiti kebersamaan dalam kemajmukan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah secara keseluruhannya. Najib berkata konsep kesederhanaan itu telah diketengahkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan sesuatu konflik dalam dan luar negara. Antaranya baru-baru ini ketika Kerajaan Malaysia bertindak sebagai pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Islam Moro dan Kerajaan Filipina. “Kita juga telah mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka,” katanya. Selain itu Najib berkata baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia di atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza. Mengakhiri perutusannya, Najib dan keluarga turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua umat Islam Malaysia dan berharap sambutan itu diraikan bersama rakan-rakan daripada pelbagai bangsa demi menjayakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” share from www.umno-online.my

Tuesday, November 13, 2012

Dua pemain dipanggil Rajagobal

Dua pemain dipanggil Rajagobal
Datuk K.Rajagobal memanggil penyerang pasukan Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri dan pemain pertahanan ATM, Irwan Fadzli Idrus untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.
Rajagobal berkata dua pemain itu akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan empat pemain yang beliau gugurkan daripada senarai pemainnya.
"Hari ini saya memanggil Ahmad Hazwan dan Irwan untuk melihat sejauh mana kemampuan mereka dalam menyesuaikan diri dengan skuad sekarang selain untuk melihat kualiti mereka sama ada sesuai untuk saya senaraikan ke skuad piala AFF Suzuki atau tidak.
"Empat pemain yang saya gugurkan itu bukan bererti mereka tidak sesuai tetapi saya lebih mengutamakan pemain yang boleh bermain di dua posisi bagi memastikan sekiranya ada pemain yang cedera tidak akan berlaku kekosongan posisi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Empat pemain yang digugurkan ialah Amiridzwan Taj Tajudin (ATM), Yong Kuong Yong (Felda United), Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (Kelantan).
Jurulatih berusia 56 tahun itu bagaimanapun menafikan tindakannya memanggil Ahmad Hazwan adalah untuk memperbaiki ketumpulan penyerang negara sebaliknya bagi melihat keserasian pemain muda itu dengan pemain yang lebih senior.
"Saya nak lihat komitmen Hazwan dan keserasian sekiranya dia diturunkan malam esok. Dulu masa dia diberi peluang turun bermain dia berjaya lakukan hatrik semasa skuad negara menentang Sri Lanka, saya yakin pemain ini ada sesuatu yang boleh digunakan untuk pasukan.
Ditanya mengenai perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan menentang Hong Kong pada malam esok di Stadium Shah Alam, Rajagobal berkata pemainnya akan lebih serius dan akan melihat perkembangan setiap pemain yang benar-benar boleh diserap kepada Skuad Piala AFF Suzuki.
"Esok, saya akan lihat perkembangan pemain disebabkan kita sudah masuk fasa akhir persedian bagi Piala AFF Suzuki sebelum senarai 22 pemain disahkan.
"Saya yakin esok kita akan lihat kualiti dan karakter pemain yang sebenar disebabkan mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk memastikan mereka terpilih".
Kini, seramai 35 pemain masih  menjalani latihan di bawah kendalian Rajagobal sebelum senarai 22 pemain yang terpilih untuk bermain di Piala AFF Suzuki yang bermula 23 Nov ini diumumkan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Hong Kong, Kim Pan Goh berkata pasukannya akan tampil lebih lengkap untuk perlawanan malam esok setelah melakukan lima perubahan di dalam skuadnya.
"Pada perlawanan lepas kami kalah kepada Malaysia disebabkan faktor pasukan lepas bukanlah pasukan sebenar kerana tidak dapat memanggil beberapa pemain yang terpaksa bermain bersama pasukan kelab di Liga Bola Sepak China.
"Esok, saya yakin keputusan yang lebih baik mampu kami hasilkan setelah melihat gaya permainan yang Malaysia pamerkan pada perlawanan lepas," katanya.
Pada 16 Okt lepas, pasukan negara menewaskan Hong Kong 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Mong Kok, Hong Kong.

share from :www.staduimastro.com

Monday, November 12, 2012

Imbas kembali Info Pilihanraya Kecil P.185 Batu Sapi 2010

Copy from www.spr.gov.my Keputusan PRK P.185 Batu Sapi 2010 Hampir 10,000 orang pengundi tidak keluar mengundi pada waktu tersebut.

1MOCC Sejajar Dengan Prinsip Rakyat Didahulukan – Najib

PUTRAJAYA, 12 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Beliau berkata pusat yang beroperasi 24/7 termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan percaya ia dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. “Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai satu yang dibanggakan oleh rakyat. “Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didokong sepenuhnya oleh semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu entiti…,” katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini hari ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamad Zabidi Zainal. 1MOCC merupakan satu projek ‘National Flagship’ di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03 8000 8000. Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03 8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal. Perdana menteri berkata inisiaitf itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minima. “Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari, tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini ia menjadi satu kenyataan,” katanya. Pada masa sama, perdana menteri meminta penjawat awam untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan secara kolektif bagi memenuhi jangkaan dan aspirasi rakyat. Beliau berkata penjawat awam tidak boleh melakukan perkara-perkara lazim sebaliknya mesti menggunakan keupayaan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif bagi mencetus idea yang lebih unggul. “Kalau kita tidak membuat perubahan dan penambahbaikan yang begitu ketara, maka kita akan ketinggalan dari sudut persaingan global sebab yang membezakan sama ada negara itu berjaya atau tidak ialah keupayaan untuk berdaya saing,” katanya. Najib yang berbangga dengan pencapaian Malaysia sebagai negara ke-12 dalam kalangan 185 negara ekonomi dunia dalam penarafan pelaksanaan perniagaan 2012 oleh Bank Negara, berharap Malaysia akan berada di kedudukan 10 teratas dalam masa terdekat. share from : www.umno-online.com