Monday, November 12, 2012
Hubungan Tidak Selari Kerajaan Pusat-Negeri Bawa Kesan Tidak Sihat Kepada Rakyat – Shafie
SEMPORNA, 3 Nov – Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan tidak selari atau tidak akrab antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri boleh menjejas usaha kerajaan pusat membantu memajukan rakyat.
Beliau berkata banyak projek untuk rakyat di beberapa negeri yang ditadbir kerajaan pakatan pembangkang termasuk Projek Loji Rawatan Air Langat 2 menghadapi masalah disebabkan hubungan kerajaan pusat dan negeri yang tidak mesra.
“Sebagai contoh, bantuan yang kita berikan kepada negeri Selangor dan Kelantan untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri itu tidak digunakan untuk jalan tetapi untuk kepentingan lain. Sebahagian kecil sahaja untuk tujuan asal,” katanya.
Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pelancaran Kluster Rumpai Laut Sabah yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini.
Menurut Shafie projek bekalan air untuk masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, di bawah kementeriannya juga menghadapi masalah disebabkan tindak-tanduk kerajaan negeri yang tidak mesra dengan kerajaan pusat (persekutuan) meskipun projek itu untuk rakyat.
Katanya suatu masa dahulu, ketika Sabah ditadbir oleh kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat, pembangunan di negeri itu terbantut disebabkan kesukaran mendapat dana atau bantuan sehingga merugikan Sabah dan penduduk negeri itu sendiri.
“Nak atasi masalah air di negeri Selangor, (tetapi) dia (kerajaan Selangor) cuma melihat dari sudut politik dan kuasa yang ada mereka.
“Dia tidak fikir kepentingan rakyat, bukan sahaja di Selangor tetapi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kawasan sekitarnya,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri Selangor perlu lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah air di negeri itu dan bukan mempolitikkan isu air semata-mata untuk meraih undi.
share from : www.omno-online.com
Bebas Pilih Agama… Kenyataan Bodoh, Melampau – Tun Mahathir
LANGKAWI, 11 Nov - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orangbukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
“Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampaitiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lainnak tukar mereka punya hal lah.
“Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat Ahad.
Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov
share from : www.umno-online.com
Wednesday, October 24, 2012
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Umat Islam
Ketua,Naib Ketua dan AJK Serta Seluruh Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada 26 Oktober 2012 ini kepada seluruh Umat Islam. Kepada Warga Kampung Bokara yang sedang menunaikan Ibadah Haji pada waktu ini,kami mendoakan agar kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sempurna semoga kalian semua mendapat Haji Mabrur. Semoga selamat tiba ke tanahair setelah selesai menunai Rukun Islam ke 5 ini.
Saturday, October 20, 2012
" Majlis bacaan Maulid dan Tazkirah bersama Ulama Al-habib A.Syarif Bin Syihab, di Kediaman Tuan Guru Haji Syed Kassim Haji Syed Omar Ali Al-Marzak "
Hari ini 20 Oktoeber 2012,Sepanjang beliau berada di Sandakan, Kampung Bokara tidak terkecuali dalam program beliau. Alhamdulillah, Kediaman Tn Guru Haji Syed Kassim Hj Syed Omar Ali Al-Marzak sekali lagi menjadi tempat persinggahan dalam program kali ini. Pengelola di Majlis kali ini di Kampung Bokara di kelolakan oleh Syed Omar Daud Hj Syed Kassim.
DALAM POLITIK,BUKAN SEKADAR BERCAKAP.
Debaran PRU13 (Pilihanraya Umum ke-13) semakin terasa. Cabaran Parti memerintah iaitu BN (Barisan Nasional) adalah cabaran yang getir dan juga satu cabaran yang menguji tahap keberkesanan perlaksanaan dasar-dasar serta Janji Parti Barisan Nasional yang telah ditunaikan dan janji yang dalam usaha untuk dilaksanakan.
SABAH,kini mempunyai arus perubahan yang ketara sejak Barisan Nasional memerintah Negeri ini dari 1994 yang lepas dan ketika UMNO mula bertapak di Negeri ini lewat 1990an yang lalu. Pembangunan yang ketara dan juga kemudahan-kemudahan demi kepentingan rakyat juga telah terlaksana yang mana Kerajaan BN merealisasikan pembangunan tersebut.
Pembangkang yang ujud di Negeri ini bak cendawan menimbulkan pelbagai isu yang cuba untuk menggugat serta mempengaruhi rakyat Sabah khasnya. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Adakah Pembelaan rakyat yang sebenarnya ataupun ada agenda lain? Sepatutnya pihak merekalah tahu intipati perjuangan mereka sendiri.
Diperingkat akar umbi khasnya Kampung Bokara, Kerajaan Barisan Nasional telah banyak membawa beberapa perubahan dari segi infrastruktur serta kemudahan kampung termasuk juga bantuan PBR/PPRT untuk rakyat miskin di kampung yang menjadi keutamaan Kerajaan bagi meringankan sekaligus menyelesaikan masalah kediaman keluarga yang mempunyai pendapatan rendah. Program-program yang dianjurkan oleh UMNO dan juga wakil-wakil rakyat BN di kampung ini banyak membawa manfaat dan melalui program tersebut ikatan antara wakil rakyat dan warga kampung/pengundi bertambah erat.
Sudah menjadi kebiasaan, dimana ada Kekuatan disitu juga tetap pembangkang. Cuma pihak pembangkang di peringkat Kampung Bokara ini hanya tahu menimbulkan isu peribadi dan remeh yang sama sekali tidak membawa manfaat kepada rakyat khususnya warga kampung ini. " Dalam Politik,Bukan hanya sekadar bercakap."
Program untuk warga kampung tiada dibuat,program amal,sukan atau apa sahaja juga tiada dibuat.Yang ada hanya gosip,dan menimbulkan isu-isu remeh sahaja.
Dipihak Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara sudah cukup bersedia menghadapi PRU13 untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Negeri ini khasnya kawasan Parlimen Batu Sapi.
Friday, October 12, 2012
"Kampung Tanpa Wayar" /WiFi Free diharap tidak hanya pada papan tanda.
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara pada 11 Oktober 2012 telah menghantar 1 surat rasmi mohon penjelasan kepada pihak SKMM Wilayah Sandakan berhubung permasalahan pemancar WiFi di Kampung Bokara yang telah menerima aduan ramai penduduk berhubung kelembapan pemancarnya yang sama sekali boleh dianggap tidak membawa manfaat dan menyebabkan penduduk berasa kesal seolah-olah pemancar tersebut hanya dianggap seperti Tunggul Kayu biasa sahaja.
Sungguhpun terdapat 'Signal' WiFi daripada 3 pemancar tersebut,ianya tidaklah dapat digunakan dengan jarak melebihi 20 meter daripada sekitar Masjid yang mana pemancar itu didirikan. Ini menunjukkan satu permasalahan terhadap kemudahan rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan tetapi masih mempunyai masalah dari segi perlaksaannnya.
Justeru itu,atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan ahli Parti yang menyokong dasar 1Malaysia ,Pemuda Bokara mewakili para penduduk untuk menyuarakat permasalahan ini mengikut saluran yang betul.
Diharap dalam masa terdekat,pihak SKMM akan memberi maklumbalas berhubung perkara ini.
Sunday, September 30, 2012
BAJET 2013 : Bajet untuk rakyat
Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat lepas bersamaan dengan 28 September 2012 adalah pembentangan Bajet terbaik dan sememangnya Bajet untuk kesejahteraan rakyat khasnya.
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara menyifatkan,beberapa pengumuman dan insentif kepada rakyat oleh YAB Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet berkenaan telah disambut baik segenap lapisan masyarakat seluruh Malaysia.
Antara pengumuman yang terdapat dalam Bajet tersebut adalah BR1M 2.0, Pemberian Bonus 1.1/2 Bulan Gaji kepada penjawat Awam,pemberian insentif kepada belia umur 21-30tahun Bujang berjumlah RM250 dan beberapa lagi pengumuman yang cukup membantu mengurangkan beban rakyat.
YAB Perdana Menteri adalah seorang Pemimpin yang prihatin dan berjiwa rakyat yang memahami denyut nadi rakyat dalam menempuh kehipdan seharian. Bajet yang boleh disifatkan sebagai Bajet terakhir sebelum menjelang PRU13 ini adalah suatu Bajet yang sangat memberi manfaat dan Bajet tidak meminggirkan rakyat termasuk Sabah dan Sarawak.
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keperihatinan YAB Perdana Menteri dalam menangani dan mengurangkan masalah serta beban yang ditanggung rakyat pada ketika ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)






