Belajar Forex dengan saya

Wednesday, February 10, 2010

Yasser Rashdan Haji Hamdan Pengerusi JKKK Kampung Bokara yang baru.

Dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kampung Bokara yang baru adalah satu amanah dan tanggujawab yang perlu digalas demi untuk merealisasikan perkara-perkara dan elemen penting berhubung pembangunan dan keselamtan kampung. Dibawah pentadbiran baru ini, saya tidak dapat menjanjikan sesuatu yang lebih daripada kemampuan saya,tetapi saya berjanji kepada diri saya bahawa amanah dan tanggungjawab ini adalah untuk memastikan kampung bokara terus membangun dari semua aspek dan juga meletakkan nama bokara dipersada yang lebih tinggi sesuai dengan sejarahnya sebagai salah satu kampung yang tertua dan wujud awal di Sandakan.

Sunday, February 7, 2010

Komuniti Bokara kini berada dalam 'Laman Sosial Facebook'






Facebook bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi setiap individu yang celik komputer dan yang sering berdamping melayari internet. Ini membuktikan,laman sosial tersebut telah dapat mengeratkan talisilaturrahim dikalangan warga kampung tak kira di mana mereka berada.

'The Bokara People Group' yang telah dibuat dalam laman sosial facebook sekitar februari 2009 yang lalu telahpun menjadi wadah ataupun platform bagi setiap warga kampung untuk mencadangkan idea,berdiskusi dalam pelbagai isu termasuk politik berkaitan pembangunan semasa kampung dan hal ehwal masyarakat mahupun aktiviti kampung.

Manakala Bagi 'bokarachai Group' dalam laman sosial facebook juga telah mendekatkan lagi serta menjadikan group tersebut lebih dikenali oleh semua ahli-ahli dalam facebook.Pelbagai aktivti yang dibuat juga telah mengeratkan talisilaturrahim dikalangan warga kampung yang telah menyertainya.'Group' tersebut telah dibuat dalam laman sosial 'Facebook' sekitar Julai 2009 yang lalu.

'The Bokara Generation Fan Page' pula adalah group warga kampung mendapat sambutan hangat daripada para warga remaja kampung bokara di seluruh malaysia. Group tersebut menunjukkan sesuatu yang amat memberangsangkan dengan pelbagai topik dan juga program yang telah dilaksanakan oleh group tersebut. Sesuatu yang membanggakan. Group dibuat pada November 2009 yang lalu.

Lazimnya, ketiga-tiga 'Group' warga bokara di 'facebook' ini mempunyai setiap imej yang berbeza,walaubagaimanapun ianya adalah sesuatu yang positif kerana setiap daripada mereka berperanan dalam memastikan warga dan generasi kampung ini senantiasa seiring maju kehadapan seiring pembangunan semasa.

Syabas warga kampungku, semoga kita semua beroleh kejayaan yang berkekalan.InsyaAllah.

Utusan Malaysia Online - Politik

Utusan Malaysia Online - Politik

Tuesday, February 2, 2010

Masjid nurussholihin telah pun diperbaiki dan mendapat beberapa perubahan.



Bentuk rupa Masjid Nurussholihin Kampung Bokara yang terkini. Penambahbaikan masjid ini yang telah dilaksanakan oleh kontraktor sekitar tahun lalu telah pun siap.walaubagaimanapun, masjid ini juga memerlukan beberapa lagi penambahan dari segi landskap dan juga beberapa fasiliti yang lain.

Wednesday, January 27, 2010

Tuan Haji Eram Latto Ketua Kampung Bokara baru.

Untuk Makluman para warga kampung, Tuan Haji Eram Latto adalah Ketua Kampung Bokara yang baru menggantikan Tuan Haji Syed Ismail Haji Syed Omar Ali.

Sunday, November 29, 2009

" Graf yang bagaimana kita inginkan "





" Dari 1960 lagi kegemilangan Kampung bokara melalui pembangunan warganya yang bijak pandai dalam pelbagai bidang dalam Politik dan keusahawanan serta pendidikan sememangnya nampak jelas dan juga boleh dibanggakan. tetapi graf tersebut tidak lah kekal sebegitu kerana apa yang saya lihat berdasarkan situasi semasa kini nampaknya graf semakin menampak penurunan. Warna hijau adalah yang saya letakkan dalam graf tersebut adalah Kadar Kemiskinan di kampung bokara, Warna biru adalah Kepimpinan Politik Warga dari Kampung Bokara dan Warna merah adalah orang-orang berada di kampung bokara. Walaupun graf yang saya bayangkan ini adalah Bukan Statistik Tepat, tetapi ianya juga boleh dilihat berdasarkan persekitaran warga kampung bokara masa kini. Oleh itu, sebagai Generasi pelapis, saya melihat Kesedaran perlu ada dikalangan warga kita masa kini, terutama selaki sebilangan belianya yang perlu membuat sesuatu perubahan pada Kampung. Kejayaan Generasi terdahulu seharusnya kita contohi dan ianya boleh kita jadikan sebagai teladan agar kita sebagai generasi pelapis dapat membangun bersama sepertima generasi kampung kita terdahulu. Kejayaan mereka pada masa lalu tidak dapat kita warisi,tetapi ianya boleh kita teladani untuk kita sedar bahawa sekiranya kita tidak berubah atapun membawa perubahan maka kita akan ketinggalan oleh arus pembangunan semasa. Kekuatan bangsa kita,kita tidak boleh ukur dengan saiz fizikal semata-mata, tetapi kekuatan bangsa kita seharusnya kita tonjolkan dalam Pendidikan,Perniagaan,Politik, Sukan dan juga Sosial. Sebagai anak jati kampung bokara, saya berasa bangga kerana ada warga kita dari Bokara ini berjaya dalam Politik, Perniagaan, Sukan dan Sosial Kemasyarakatan, tetapi jumlah tersebut kita mesti tambah agar Graf di masa akan datang semakin naik dan tidak menampakkan penurunan. Kita sedia maklum, warna Hijau iaitu kadar kemiskinan di kampung bokara bukannya menurun tetapi menampakkan peningkatan, oleh itu ktia berharap kepada semua warga kita bersama-sama lah kita memastikan agar Warna Hijau ini Akan menampakkan penurunan di masa akan datang. Tahun 2020 tidak lama lagi, lebih kurang 10 tahun dari sekarang, apakah kita sebagai warga generasi pelapis tidak mahu akan perubahan yang besar terhadap diri kita sama ada dalam Keusahawanan,Politik mahupun pekerjaan? Kita perlu berubah dan membuat perubahan kepada dirikita dan keluarga kita agar sedikit sebanyak kita dapat menyumbang kepada penurunan Graf warna hijau dan Menaikkan Graf warga Merah dan Biru dalam 10 tahun dari sekarang InsyaAllah... Saya berharap,walaupun 'Research' yang saya buat ini tidak menunjukkan angka yang tepat dan statistik yang tepat,tetapi ianya adalah fakta yang kita boleh rasai pada masa kini. Semoga semua kita generasi pelapis ini akan dapat beroleh kejayaan dalam segala bidang yang kita ceburi, InsyaAllah...

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan dan warga Kampung Bokara. moga di Raya qurban tahun ini akan memberikan keinsafan dan hidayah kepada kita semua.