12 Mac 2018 : Satu Program Retreat Pemuda - pemuda UMNO Batu Sapi bersama Ketua UMNO Bahagian YB Datuk Hj Samsudin Yahya dan Ketua Pemuda Bahagian Sdr Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan telah diadakan di Dewan Serbaguna PPR Batu Sapi.
Kehadiran lebih kurang 100 orang Ketua-ketua Pemuda Cawangan membuktikan sokongan akar umbi pemuda UMNO masih utuh dan jitu terhadap jentera Barisan Nasional.
Antara intipatin ucapan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi antaranya menekankan faktor kesetiaan dalam perjuangan dan keikhlasan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan pucuk pimpinan parti
Beliau juga mengingatkan jentera Pemuda peringkat bahagian dan cawangan agar bergerak sebagai 1 pasukan dalam mengesan pengundi2 muda, berkempen dan memastikan sokongan terhadap calon-calon Barisan Nasional mendapat tempat dalan undi mereka.
Beliau juga dalam ucapannya memaklumkan bahwa berdasarkan data pengundi yang di keluarkan SPR, pengundi umur 21-40 adalah yang paling ramai. Jumlah pengundi 14 juta orang yang mana hampir 10 juta pengundi dari jumlah tersebut adalah pengundi muda 21-40 tahun.
Ini menunjukkan bahwa, PRU-14 kali ini adalah PRU orang muda yang menentukan Kerajaan pemerintah.
Oleh itu,beliau menegaskan agar semua Pemuda UMNO di semua peringkat bahagian dan cawangan agar melipat gabdakan usaha untuk tarik dan kesan para pengundi agar sokongan terhadap BN kekal relevan.
Dalam retreat kali ini juga, YB Datuk Samsudin Yahya selaku ketua bahagian dalam ucapannya menegaskan bahwa PRU-14 bukan berkepentingan peribadi calon, yang penting adalah kemenangan Parti Barisan Nasional dan kekal sebagai kerajaan pemerintah Negeri dan Negara ini.
Beliau juga mengingatkan kepada semua pemuda yang hadir agar tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang dan hasutan serta fitnah yang dilontarkan terhadap pemimpin BN Negeri dan Negara. Beliau yakin orang muda lebih bijak menilai dan memilih apa yang betul dan tidak.
Beliau juga sering menegaskan, sesiapa sahaja calon BN yang diputuskan oleh pucuk pimpinan untuk mewakili 3 kawasan di Batu Sapi, beliau menyeru agar sokongan padu wajib diberikan pada calon2 berkenaan.
Retreat pemuda pada kali ini adalah yang terbaik dan kesiapsiagaan pemuda dalam menghadapi PRU-14 berada pada tahap memuaskan.
By YRH
08:15am
#BarisanNasional
#BridgetGempur
#KekalUMNO
No comments:
Post a Comment