Belajar Forex dengan saya

Sunday, April 15, 2018

Pelancaran Jentera PRU14 Barisan Nasional Batu Sapi

Batu Sapi, SANDAKAN 15 April 2018- Pelancaran Jentera PRU14 Barisan Naional Batu Sapi telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional Sabah.

Pelancaran telah diadakan di  Taman PPR Batu Sapi yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin Parti Komponen BN Batu Sapi.

Antara petikan ucapan beliau yang mana menyarankan agar semua jentera BN di semua peringkat Cawangan mahupun Bahagian bekerja dan berkempen sebagai 1 pasukan dalam memastikan semua calon-calon BN menang besar dalam PRU14 kali ini.

Beliau juga mengingatkan kesetiaan kepada Pemimpin & Parti wajib menjadi keutamaan dalam seseorang ahli UMNO tidak kira peringkat jawatan seseorang ahli tersebut dan juga beliau mengingatkan agar jangan sesekali terpedaya dengan janji-janji manis Pembangkang yang suka menabur fitnah dan helah untuk kepentingan perjuangan mereka.

#UndiBarisanNasional
#HebatkanNegeraku
#TatapBN

YRH
05:44am
16/04/2018

Sunday, March 18, 2018

DRU RUN PRU14 UMNO Bahagian Batu Sapi

17 Mac 2018, : DRY RUN PRU14 UMNO Bahagian Batu Sapi telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Samsudin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi merangkap Adun N. 43 Sekong.

Penglibatan Jawatankuasa UMNO Cawangan Kg. Bokara dalam program ini turut menjadi pemangkin semangat dikalangan ahli-ahli UMNO Batu Sapi yang hadir.

DRY RUN PRU14 ini adalah simulasi Pilihanraya ke 14 sebagai persediaan jentera Barisan Nasional Batu Sapi dalan memastikan kesiapsiagaan para jentera parti disemua peringkat berada pada tahap meyakinkan.

Program ini telah berjaya dilaksanakan di Dewan Serbaguna PPR Taman Batu Sapi dan mendapat komitmen penuh para jentera parti yang hadir.  Turut hadir dalam program kali ini ialah YB Datuk Linda Tsen Thau Lin Ahli Parlimen Batu Sapi bersama rombongan.

Tahniah semua jentera UMNO Bahagian Batu Sapi.

By YRH

Wednesday, March 14, 2018

Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan

15/03/2018 ,02:00am . Seluruh saf kepimpinan UMNO Cawangan Kg. Bokara mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan atas kembalinya beliau ke Rahmahtullah lewat malam tadi.

Secara peribadi saya sangat menghormati dan mengkagumi kepimpinan beliau dalam arena politik Sabah. Seorang Menteri Belia dan Sukan Sabah yang berpenampilan sederhana, peramah dan mempunyai prinsip yang teguh.

Hari ini, pemergian beliau amat diamat dirasai oleh rakyat Sabah khasnya para belia-belia Negeri Sabah. Kehilangan yang besar ini pasti tiada galang ganti seperti Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn...

Al-Fatihah

YRH
Sandakan, Sabah.

Sunday, March 11, 2018

Retreat Pemuda UMNO Batu Sapi menjelang PRU-14

12 Mac 2018 : Satu Program Retreat Pemuda - pemuda UMNO Batu Sapi bersama Ketua UMNO Bahagian YB Datuk Hj Samsudin Yahya dan Ketua Pemuda Bahagian Sdr Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan telah diadakan di Dewan Serbaguna PPR Batu Sapi.

Kehadiran lebih kurang 100 orang Ketua-ketua Pemuda Cawangan membuktikan sokongan akar umbi pemuda UMNO masih utuh dan jitu terhadap jentera Barisan Nasional.

Antara intipatin ucapan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi antaranya menekankan faktor kesetiaan dalam perjuangan dan keikhlasan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan pucuk pimpinan parti

Beliau juga mengingatkan jentera Pemuda  peringkat bahagian dan cawangan agar bergerak sebagai 1 pasukan dalam mengesan pengundi2 muda,  berkempen dan memastikan sokongan terhadap calon-calon Barisan Nasional mendapat tempat dalan undi mereka.

Beliau juga dalam ucapannya memaklumkan bahwa berdasarkan data pengundi yang di keluarkan SPR,  pengundi umur 21-40 adalah yang paling ramai. Jumlah pengundi 14 juta orang yang mana hampir 10 juta pengundi dari jumlah tersebut adalah pengundi muda 21-40 tahun.

Ini menunjukkan bahwa, PRU-14 kali ini adalah PRU orang muda yang menentukan Kerajaan pemerintah.

Oleh itu,beliau menegaskan agar semua Pemuda UMNO di semua peringkat bahagian dan cawangan agar melipat gabdakan usaha untuk tarik dan kesan para pengundi agar sokongan terhadap BN kekal relevan.

Dalam retreat kali ini juga,  YB Datuk Samsudin Yahya selaku ketua bahagian dalam ucapannya menegaskan bahwa PRU-14 bukan berkepentingan peribadi calon, yang penting adalah kemenangan Parti Barisan Nasional dan kekal sebagai kerajaan pemerintah Negeri dan Negara ini.

Beliau juga mengingatkan kepada semua pemuda yang hadir agar tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang dan hasutan serta fitnah yang dilontarkan terhadap pemimpin BN Negeri dan Negara. Beliau yakin orang muda lebih bijak menilai dan memilih apa yang betul dan tidak.

Beliau juga sering menegaskan, sesiapa sahaja calon BN yang diputuskan oleh pucuk pimpinan untuk mewakili 3 kawasan di Batu Sapi, beliau menyeru agar sokongan padu wajib  diberikan pada calon2 berkenaan. 

Retreat pemuda pada kali ini adalah yang terbaik dan kesiapsiagaan pemuda dalam menghadapi PRU-14 berada pada tahap memuaskan.

By YRH
08:15am

#BarisanNasional
#BridgetGempur
#KekalUMNO

Thursday, March 8, 2018

Pemuda UMNO Batu Sapi fokus hadapi cabaran PRU-14

Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Batu Sapi baru-baru ini telah menetapkan beberapa fokus utama dalam menghadapi cabaran PRU-14 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa saja mulai saat ini dalam tahun 2018.

Khairul Firdaus selaku Ketua Pemuda sangat komited memperingatkan semua Jentera Pemuda diperingkat Bahagian dan Cawangan-cawangan agar tidak leka dan meluangkan masa untuk saat ini dalam mencapai usaha untuk memastikan Barisan Nasional kekal pertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi dan dua kerusi DUN iaitu Sekong dan Karamunting.

Walaupun begitu, terdapat beberapa kekesalan yang dihadapi Pemuda UMNO Batu Sapi yang mana ADUN Karamunting pada masa ini YB Datuk Charles O Pang sangat tidak komited untuk turun padang apatah lagi membantu menyelesaikan atau membantu mengurangkan masalah yang dihadapi penduduk terutama dikawasan DUN Karamuntung.

LDP wajar menilai semula untuk mencalonkan Charles sebagai Calon BN di Kawasan karamunting, kerana "Track Record" beliau semenjak menjadi wakil rakyat kawasan Karamunting adalah teruk.

Asas pada itulah,  mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Batu Sapi tahun 2016 dan 2017 mengusulkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional agar tidak mencalon semula Charles sebagai Calon BN di Kawasan Karamunting. Peranan beliau terhadap pembangunan belia di kawasan DUN Karamunting juga tidak banyak membantu.

DUN Karamunting dan Parlimen Batu Sapi adalah kawasan yang diwakili calon Parti Komponen Barisan Nasional, tetapi jentera UMNO  Batu Sapi dibantu 3 sayap parti Wanita,Pemuda dan Puteri adalah jentera yang kerap kali turun padang melaksanakan pelbagai program dan bantuan untuk rakyat di kawasan ini.

Saya selaku Ketua UMNO Cawangan Kg. Bokara berpendapat dalam situasi mengadapi PRU-14, wakil2 rakyat Parti Komponen dikawasan ini wajar cermin diri jika mahu dicalonkan semula sebagai calon BN.

Sebagai jentera UMNO peringkat akar umbi, UMNO Cawangan Bokara akan komited membantu sesiapa sahaja calon BN yang diputuskan untuk mewakili kawasan ini.

Berbalik kepada antara perkara berbangkit dalam Mesyuarat Pemuda UMNO Batu Sapi antaranya, Khairul Firdaus mahukan perkampungan bumiputera tempatan persisir pantai kawasan Batu Sapi wajar diwartakan sebagai Perkampungan dan mana-mana kampung yang setinggan yang tidak mempuyai tapak, kerajaan wajar menyediakan tapak tanah sesuai untuk penduduk tersebut berpindah.

Khairul Firdaus juga menyokong usaha agar Kampung Bokara diwartakan sebagai perkampungan tradisi dan juga perkampungan tertua di Sandakan. Masalah Birokrasi Pihak Berkuasa Tempatan adalah antara punca Kampung Bokara sehingga kini masih belum diwartakan.  

#TerusBerjuang #BarisanNasional


Friday, February 23, 2018

Biro IT UMNO Batu Sapi tekad berjuang.

Biro IT UMNO Batu Sapi bersama Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia YB Datuk Hj. Ahmad Hj Maslan. 

Batu Sapi, 22/02/2018 : Satu perjumpaan Jentera Biro IT UMNO Batu Sapi bersama Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia telah diadakan diadakan Dewan serbaguna PPR Taman Batu Sapi, Sandakan. 

Turut bersama dalam perjumpaan tersebut iaitu Pengarah Jentera Pilihanraya Batu Sapi YB Datuk Hj Samsudin Yahya dan juga diiringi oleh Ketua Wanita UMNO Bhgn Batu Sapi Pn Rahimah Hj Asrah,  Naib Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi Sfr Azmi Hj Jamal dan Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Pn Hazulilzah Md Dani. 

Jentera Biro IT dalam keadaan siapsiaga menghadapi PRU 14 yang diadakan pada bila-bila masa sahaja dalan tahun 2018 ini. 

Menepis tomahan, fitnah dn berita palsu adalah tanggungjawab utama kesemua Jentera Biro IT UMNO Batu Sapi. 

Terus Berjuang! 

Undilah Calon Barisan Nasional. 






Wednesday, December 20, 2017

Khairul Firdaus Akbar Khan,pemimpin muda dan permata yang perlu digilap.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerna dengan limpah kurnianya, dan ucapan ribua terima kasih kepada Tn Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan kerna saya telah dipilih sebagai salah seorang perwakilan Pemuda UMNO Batu Sapi ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia 2017 di PWTC Kuala Lumpur pada 04 Disember - 07 Disember 2017 baru-baru ini.
Penyertaan ini adalah julung2 kali saya sertai sejak saya berkecimpung dalam politik bermulanya  saya menyertai UMNO pada 2003.
Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan
ketika berucap dalam perbahasan.
Saya mengucapkan syabas dan setinggi tahniah kepada Ybhg Tuan Haji Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana dipilih sebagai wakil pembahas usul pemuda  untuk Negeri Sabah.
Saya menulis coretan ini adalah bagi mengemukakan pandangan dan pendapat saya terhadap apa yang diutarakan oleh Firdaus dalam ucapan perbahasannya. Dengan nada yang bersahaja tetapi tegas dan punya mesej jelas,ianya meyakinkan bahwa transformasi dalam kepimpinan UMNO khas di Negeri Sabah terutama sekali dalam mengetengahkan calon-calon anak muda wajar menjadi keutamaan dalam PRU-14 akan datang.
Sememangnya diakui,sebilangan pihak mesti ada yang rasa sinis,tersindir ataupun tidak senang duduk dengan apa yang beliau usul dan bahaskan. Akan tetapi,sebagai pejuang anak muda yang berjasa di Parlimen Batu Sapi, Firdaus bukanlah seorang pemimpin muda yang kekok atau mudah diperkotak katikkan. Beliau punya cara tersendiri dalam kepimpinan menerajui Pemuda UMNO Batu Sapi,malah sikap ramah mesranya sangat disenangai semua lapisan masyarakat khanya di kawasan Batu Sapi. 
Mengulas mengenai beberapa mesej dalam ucapan perbahasannya antaranya beliau menekankan betapa pentingnya rombakan wakil-wakil rakyat BN di Sabah berlaku, iaitu mana-mana ADUN atau MP telah melepasi 3 penggal sebagai wakil rakyat tetapi tidak mempunyai jawatan atau portfolio kementerian,serta tidak mempunyai "track record" yang baik maka disarankan agar bersedia untuk berundur dengan mengemukakan surat penarikan diri sebagai Calon PRU14 bagi memberi laluan anak muda / calon muka baru di tonjolkan. 
Dengan nada tegas dan lantang, sewajarnya dalam konteks perbahasan usul Pemuda, Firdaus tidak diwajar dikecam oleh sesetengah pihak yang segelintirnya beranggapan beliau membawa usul peribadi. Apa yang disuarakan adalah Usul Pemuda Sabah,dan usul tersebut adalah hak dan kebertanggungjawaban Pemuda UMNO Sabah bagi menyampaikan hasrat rakyat terutama anak muda Sabah mahukan rombakan drastik dalam penetapan calon-calon PRU-14 nanti. 
Oleh itu, keterampilan Firdaus dalam mengemukakan usul tersebut perlu dilihat dari kaca mata positif dan anak sebegini yang di perlukan dalam Negeri Sabah khususnya di Parlimen Batu Sapi.
Mengimbas kembali pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Batu Sapi 2016 dan tahun 2017, Firdaus sangat konsisten untuk mengusulkan bahwa Ahli Parlimen Batu Sapi YB Datuk Linda Tsen Thau Lin dan ADUN Karamunting YB Datuk Charles O Pang  perlu dinilai semula untuk diletakkan sebagai calon PRU14. Kedua-dua wakil rakyat ini pada penilaian beliau selama mereka menjadi wakil rakyat, telah gagal membawa arus pembangunan masyarakat khasnya masyarakat bumiputera Islam di kawasan Parlimen Batu Sapi. Kedua-dua wakil rakyat ini juga terlalu banyak isu yang ditimbulkan rakyat ekoran kurang turun padang membantu mengurangkan masalah rakyat dalam konteks prasarana dan infrasturuktur termasuklah hal-hal kebajikan rakyat sepatutnya wakil rakyat ambil perhatian.
Firdaus adalah anak muda yang wajar diketengahkan sebagai calon paling layak untuk menjadi wakil rakyat kawasan ini. Walaubagaimanapun,semua ini tertakluk kepada pucuk pimpinan pusat untuk menilai latar belakang beliau, kepimpinan dan juga kebolehan beliau  dan tidak dinafikan,soal menjadi calon PRU adalah sesuatu yang bukan mudah untuk dicapai.
Sekalipun begitu, UMNO wajar memfokuskan cara untuk memperkuatkan semula Parti dan memastikan Transformasi UMNO bukan hanya pada laungan tetapi perlu dalam "perlaksanaan". Jika tidak, anak-anak muda akan menilau sejauh mana suara anak muda diterima pakai dalam menyenaraikan anak muda untuk menjadi salah satu struktur organisasi kepimpinan UMNO khasnya dalam Negeri Sabah.
Bagi sebilangan pihak yang tidak bersetuju dengan Firdaus, itu adalah hak masing-masing dan ianya tidak boleh dijadikan alternatif untuk menguburkan perjuangan politiknya hanya kerana kelantangan beliau bersuara ,kerana apa yang beliau suarakan adalah suara nadi anak muda dan juga Pemuda UMNO Sabah khasnya.
Kepada wakil-wakil rakyat di Sabah yang terkesan dengan usul Pemuda UMNO Sabah dalam perbahasan PAU Pemuda 2017 baru - baru ini, sebagai cadangan , perlunya anda sebagai wakil rakyat wajar imbas kembali tanggungjawab anda;-
Apakah anda sebagai wakil rakyat lebih 2 atau 3 tinggal telah menunaikan tanggungjawab sepenuhnya?
Apakah anda sebagai wakil rakyat selama lebih 2 atau 3 penggal telah mengurangkan kadar kemiskinan Ketua-ketua Cawangan UMNO, Ketua-ketua Kampung, dan Pengerusi2 JKKK yang terdapat di kawasan anda seperti anda sedia maklum? 
Apakah anda sebagai wakil rakyat lebih 2 atau 3 penggal telah  mensturukturkan semula penempatan rakyat yang tinggal dipersisir pantai sama ada yang telah dirobohkan atau yang belum mendapat tapak baru?
Apakah anda sebagai wakil rakyat lebih 2 atau 3 penggal bersedia untuk berundur bagi memberikan laluan kepada anak muda?
Saya percaya,beberapa persoalan tersebut di atas adalah sebahagian dalam hati nurani Khairul Firdaus dalam ucapan perbahasannya, ia tidak perlu dikecam dan disalah erti.
Sebagai kesimpulan, tahniah kepada Khairul Firduas, anda adalah permata yang perlu digilap, semoga menjadi pemimpin yang bertanggungjawab,prihatin dan menjadi wakil rakyat satu masa nanti. Keikhlasan dalam apapun perjuangan yang berlandaskan Agama Bangsa dan Tanahair tidak menunut sebarang habuan atau pembalasan. Oleh itu kepada Allah SWT kita berserah,kerana perancangan ALLAH SWT itu adalah yang terbaik, kita hanya mampu merancang.


YASSER HAMDAN                                                                                                            Kg.Bokara,Sandakan                                                                                                          0300am 21/12/2017