Belajar Forex dengan saya

Sunday, September 11, 2016

Selamat Menyambut Hari Raya AildilAdha kepada seluruh muslimin & muslimat.


UMNO Cawangan Kg.Bokara serta Jawatankuasa Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AildilAdha khasnya kepada semua warga Kg.Bokara tidak kira yang berada di daerah ini dan juga kepada mereka yang berada di perantauan.

Semoga ikatan ukhwah silaturrahim terus terjalin dan perjuangan tetap diteruskan demi masa depan yang gemilang, InShaaAllah...

Wednesday, September 7, 2016

UMNO Bahagian Batu Sapi sebulat suara mahukan Barisan Nasional serahkan kerusi calon untuk Parlimen Batu Sapi kepada wakil dari UMNO.

 
Antara pembentang usul dan pembahas usul dari UMNO Bhgn Batu Sapi 

04.September 2016. - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi pada kali ini telah merumuskan untuk sebulat suara mahukan Barisan Nasional yang naungi UMNO agar mempertimbangkan isu kedudukan kerusi Calon bagi Parlimen Batu Sapi.
Usul Politik yang telah dibentangkan oleh Sdr.Yasser Rashdan Haji Hamdan Ketua UMNO Cawangan Bokara yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Batu Sapi telah menjelaskan beberapa faktor dan faktar yang wajar diambil kira dalam memastikan kerusi Parlimen Batu Sapi ini seharusnya diwakili oleh calon dari Parti UMNO dan bukannya dari Parti Komponen Barisan Nasional.
Adalah wajar,pada kali ini Parti Komponen BN iaitu PBS seharusnya bertolak ansur dan terbuka hati untuk memberi ruang kerjasama dalam memastikan kerusi Parlimen Batu Sapi ini tidak jatuh ke tangan Parti Pembangkang pada PRU-14 yang akan datang.
Dengan kekuatan ahli UMNO di Batu Sapi yang kini seramai 23,000 lebih,sekaligus meyakinkan dan menyokong usaha berkenaan agar tiba masanya kerusi ini wajar diserahkan kepada UMNO kerana faktor majoriti ahlinya dan masyrakat bumiptera di kawasan ini.
Statistik sejak PRU 2008, PRK 2010 dan PRU2013 telah menunjukkan jumlah majoriti undi yang diperolehi oleh Ahli Parlimen Batu Sapi YB Datuk Linda Tsen semakin menurun. Tambahan pula pada PRU13 yang lepas,majoriti kawasan Peti Undi (Bukan Bumiputera) menunjukkan pengundi tersebut cenderung kepada Parti Pembangkang. Pengundi Bumiputeralah yang telah menyelamtkan calon Barisan Nasional di kawasan ini.
Justeru itu, UMNO Batu Sapi dengan tekad dan bersemangat memohon agar pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional segera mempertimbangkan usul UMNO Bahagian Batu Sapi agar kelangsungan pembangunan di kawasan ini lebih pesat dan kepercayaan para pengundi di parlimen ini kembali kepada BN.

Thursday, August 25, 2016

Perasmian serentak Mesyuarat UMNO ZON 5 ,Sandakan,Libaran,Beluran,Kinabatangan dan Batu Sapi oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr.Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

YAB Timbalan Perdana Menteri bersamaYAB Ketua Menteri dan barisan Ketua2 UMNO Bahagian serta Timbalan2 Ketua UMNO Bahagian ZON 5 sedang beridiri segak menyanyikan lagu Negaraku,Sabah Tanahirku dan Lagu UMNO "BERSATU"

 Walaupun dalam keadaan sesak oleh para perwakilan UMNO 5 bahagian,YAB TPM sempat meluangkan sedikit masa untuk bergambar bersama "admin" ketika selesai Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO ZON 5.

Sebahagian Perwakilan UMNO Cawangan Kg.Bokara yang hadir dalam Majlis Perasmian Tersebut,antaranya Ketua Pemuda UMNO Cawangan,Tuan Hj Mohd Safrizan Hj Jailang, Ketua UMNO Cawangan Sdr.Yasser Rashdan Hj Hamdan, dan Setiausaha UMNO Cawangan Sdr.Mohd Sallem Hj Jifli.

" antara petikan ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri adalah, mengingatkan para Pemimpin UMNO di semua peringkat samaada Negeri,Bahagian,mahupun Cawangan agar mengutamakan kelangsungan perjuangan Parti UMNO tanpa mementingkan kepetingan peribadi. Usaha-usaha untuk memastikan ahli akar umbi dan rakyat terbela sewajarnya adalah terletak dibahu semua para ahli UMNO sama ada yang berjawatan mahupun hanya sebagai ahli."  

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT 
 




Sunday, July 17, 2016

UMNO Batu Sapi nafi 600 ahli UMNO dan 100 Ketua Cawangan umum keluar Parti.

Pg.Roslan Pg.Nasrun telah mengumumkan keluar dari UMNO dan meletak jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi pada satu Majlis di Ballroom Sanbay hotel.
 Hj Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi bersama Ketua Wanita Puan Rahimah Hj Asrah dan Ketua Puteri Puan Hazulizah Md Dani bersama jawatankuasa bahagian dan sebilangan ketua-ketua Cawangan dalam satu kenyataan menafikan bahawa 600 Ahli dan 100 Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi keluar parti.


Selaku Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara dan juga AJK Pemuda UMNO Batu Sapi, saya menyangkal bahawa dakwaan 100 ketua cawangan UMNO di Bahagian Batu Sapi ini telah keluar parti. Apa yang saya lihat berdasarkan gambar serta maklumat yang diperolehi,kelihatan mereka adalah sebilangan ahli Parti Pembangkang iaitu Sdr.Mustafa Talib yang telah keluar dari UMNO pada Ogos 2015 setelah kecewa ketika tewas pada pemilihan UMNO Bahagian Batu Sapi 2013 lepas,dan ramai lagi adalah dikalangan ahli Parti pembangkang yang hadir dalam majlis tersebut.

Apa yang saya boleh simpulkan adalah keputusan mereka meninggal UMNO ini bukanlah atas dasar perjuangan tetapi adalah atas kapasiti peribadi dan kepentingan mereka sendiri. Saya tidak melihat semangat perjuangan diwajah mereka. Mereka tidak seharusnya melabel UMNO ini teruk dan tidak berperaturan sedangkan mereka juga adalah bekas ahli UMNO. Jika mereka beranggapan bahawa dibawah wadah perjuangan baru mereka ini punya masa depan yang cerah,masa saya ucapkan selamat berjuang serta semoga berjaya!

YRH

DATUK SERI HJ MOHD SHAFIE APDAL UMUM KELUAR PARTI


Rujukan  - http://www.bharian.com.my/node/171263
SEMPORNA -4 JULAI - YB Datuk Seri Haji Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan secara rasmi keluar dari Parti UMNO dalam satu majlis di Semporna. Beliau yang baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadah umrah telah mengumumkan pendirian berkenaan setelah Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk menggantung keahlian dan jawatan beliau sementara menunggu keputusan Lembaga Disiplin Parti bagi menentukan status beliau dalam parti.

Perasmian Masjid Wassatiyah,Batu Sapi oleh YAB Datuk Seri Musa Haji Aman ,Ketua Menteri Sabah








BATU SAPI,SANDAKAN,02 JULAI 2016 - Majlis Berbuka Puasa UMNO ZON 5 merangkumi UMNO Bahagian Sandakan,Libaran,Beluran,Kinabatangan dan Batu telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta Masjid Wassatiyah Batu Sapi,Sandakan dan seterusnya Perasmian Masjid baru ini oleh YAB Datuk Seri Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah.

Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh YB Datuk Haji Samsudin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi serta Pengerusi tuan rumah bagi majlis berbuka puasa UMNO Zon  5 pada kali ini. Antara intipati ucapan beliau banyak menekankan pentingnya perpaduan serta semangat kesetiaan kepada Parti demi kelangsungan wadah perjuangan Parti UMNO bukan sahaja di Parlimen Batu Sapi malah di seluruh negeri Sabah amnya.

Seterusnya Ucapan Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Sabah,yang banyak mengingatkan para ahli-ahli UMNO di negeri ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah segelintir pihak cuba menghasut serta memecahbelahkan ahli-ahli parti UMNO khasnya bagi tujuan kepetingan politik peribadi.

Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah mengotakan janji bagi membina Masjid baru yang indah ini.



 
 










Thursday, June 30, 2016