Belajar Forex dengan saya

Wednesday, March 31, 2010

" Cicak Tokek kini jadi buruan ramai "



" Cicak Tokek ini jadi buruan kerana cicak ini sangat unik dan dikatakan harganya yang mahal. Tetapi bukan mudah untuk menangkap Cicak jenis ini,kerana habitatnya yang berbeza dengan cicak-cicak lain."

Saturday, March 27, 2010

' Mesyuarat Agung Tahunan Rukun Tetangga Kampung Bokara 2010 '







' 28 Mac 2010,Jam 10:00 pagi bertempat di Balai Raya Kampung Bokara,Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa Rukun Tetangga Kampung Bokara kerana dapat menjalankan Mesyuarat Agung dengan lancar. untuk info Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Bokara Puan Hajah Rukiah@annang bte haji damsal untuk penggal 2010-2012 '

Friday, March 26, 2010

" Memerang sedang berenang-renang di persisiran air laut Kg.Bokara "




" Jam 7.30 pagi 27 Mac 2010,ketika bersarapan bersama keluarga, tetiba suara kanak-kanak riuh,rupanya mereka ternampak 3 ekor memerang sedang berenang-renang dibawah rumah. Tapi kanak2 semua panggil memerang tu anjing laut, memang memerang nie mirip dengan anjing laut. Entah dari mana asalnya memerang nie,mungkin 3 ekor memerang nie sesat ketika berenang-renang. Gambar di atas kurang memuaskan,walaupun begitu masih jelas kelihatan 3 ekor memerang tersebut. "

Wednesday, March 24, 2010

' Jkkk Bokara mengiringi Pegawai-pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (ICU) Jabatan Perdana Menteri ke kampung Bokara '



' Pada 05 Mac 2010 ,Lawatan dan pemantauan ini adalah susulan daripada laporan Pihak Jkkk berhubung permasalahan-permasalahan yang melibatkan beberapa projek pembangunan dalam kampung dan juga beberapa permasalahan yang dihadapi oleh penduduk khususnya penduduk (PPRT) kampung Bokara. Turut mengiringi, ialah Timbalan Pengerusi JKKK Tuan Haji Adhman Barahim, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Bokara Tuan Haji Amir Hashim Ahmad Pula dan Pengerusi Biro Aduan Rakyat Jkkk Kg.Bokara Tuan Haji Azmir Haji Aliong ' Kelihatan dalam gambar salah seorang Penduduk PPRT Kampung Bokara sedang ditemu ramah oleh Pegawai.

Sunday, March 7, 2010

" Gotong Royong Membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Kampung Bokara "











" Pada 07 Mac 2010 (Ahad) Jam 7:00 pagi hingga 11:00 pagi bertempat di kawasan tanah perkuburan kampung bokara, satu program Gotong-royong membersihkan kawasan tersebut bersama penduduk kampung anjuran bersama JKKK,Biro Belia dan Sukan JKKK, Pemuda UMNO Cawangan Kampung Bokara dan Jawatankuasa Masjid telah diadakan dengan jayanya.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk membersihkan kawasan tanah Perkuburan yang telah kelihatan agak semak dan tidak menampakkan pemandangan yang bersih. Oleh itu, atas muafakat bersama jawatankuasa,gotong royong adalah salah satu jalan terbaik untuk membersihkan kawasan tersebut. Ini adalah kerana,gotong royong bukan sahaja dapat menjimatkan masa,malah dapat mengeratkan tali silaturrahim dikalangan warga kampung.

Pihak JKKK bersama jawatankuasa terlibat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kampung yang dapat meluangkan masa dalam program tersebut. "

Sunday, February 28, 2010

Lawatan JKKK bokara berserta rombongan ke seluruh kampung bokara pada 20.02.2010.









Pada 20 Februari 2010 sekitar jam 0900 pagi, JKKK Kampung bokara bersama rombongan telah melawat ke seluruh kampung bokara bermula daripada jambatan 1.Dalam lawatan tersebut, pelbagai penemuan-penemuan yang melibatkan masalah penduduk seperti jambatan, tiang-tiang letrik, rumah usang dan juga ekonomi penduduk.
Pihak JKKK juga tidak berpuas hati dengan beberapan pembaikan jambatan yang dijalankan oleh pihak kontraktor sekitar tahun lalu (2009). Ini adalah kerana, sesetangah jambatan yang dibina,bukan memberi kemudahan kepada penduduk,malah mesyusahkan.
Dibawah pentadbiran JKKK Baru ini, akan bergembleng tenaga bersama jawatankuasanya agar kontraktor-kontraktor yang mendapat projek untuk pembangunan di kampung bokara pada tahun ini akan dipantau dari mula pembinaan projek tersebut. Ini adalah bagi meastikan kualiti perlaksanaan projek dan juga memastikan ianya memberi kesenangan kepada penduduk.
Dari segi tiang-tiang letrik juga, beberapa tiang letrik perlu diganti kerana tiangnya telah pun hampir reput dibahagian pangkal yang mana pada bila-bila masa tiang ini boleh patah. Pihak JKKK akan memastikan dan memberikan kerjasama kepada penduduk berhubung perkara ini yang mana ianya akan dipanjang kepada pihak berwajib.
Dari segi ekonomi penduduk pula, masih terdapat beberapa penduduk yang memerlukan rumah PPRT kerana rumah sedia ada sudah usang, pihak JKKK akan cuba membatu melalui saluran yang ada agar penduduk tersebut dapat menikmati rumah baru dibawah PPRT yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Pada tahun ini, Pihak JKK telah menetapkan suatu garis panduan bagi meastikan kampung bokara mempunyai sitem pentadbiran yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk untuk tujuan kerjasama demi untuk semua. Penubuhan Biro-biro Aduan rakyat yang diujudkan oleh pihak JKKK bertujuan untuk membantu para penduduk meluahkan permasalah yang dihadapi khususnya yang meilbatkan masalah setempat.
Berikut adalah Senarai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bokara bagi penggal 2010-2011 :-

Pengerusi : Yasser Rashdan Haji Hamdan
Timbalan : Haji Adhman Barahim
Setiausaha/Bendahari : Encik Jamir Unai
Ahli Jawatankuasa : Tuan Haji Jailang Haji Milaham
Ahli Jawatankuasa : Tuan Haji Amir Hashim Haji Ahmad
Ahli Jawatankuasa : Puan Juraidah Hamdan
Ahli Jawatankuasa : Puan Norela Haji Bakri

Pengerusi Biro-Biro :-
Biro Belia dan Sukan : Tuan Haji Mohd Rizkie Haji Aliong
Biro Ekonomi Setempat : Tuan Haji Amir Hashim Haji Ahmad
Biro Kesihatan : Saudari Nazan Razak
Biro Keselamatan : Syed Omar Daud Haji Syed Kassim
Biro Hal Ehwal Agama : Encik Zulfian Omrah
Biro Kebajikan & Khidmat Masyarakat : Encik Sazali bin Sudin
Biro Kebersihan & Alam Sekitar : Tuan Haji Adhman Barahim
Biro Tugas-tugas khas : Encik Yasser Rashdan Haji Hamdan
Biro Pelajaran : Encik Jamir Bin Unai
Biro Aduan Rakyat Jambatan A : Puan Norlela Haji Bakri
Biro Aduan Rakyat Jambatan B : ENcik Jamir Bin Unai
Biro Aduan Rakyat Jambatan C : Encik Zulfikar Bin Omrah
Biro Aduan Raklyat Jambatan D : Tuan Haji Mohd Azmir Haji Aliong
Unit Bomba Sukarela : Encik Abdul Razak Haji Abu

Wednesday, February 10, 2010

Yasser Rashdan Haji Hamdan Pengerusi JKKK Kampung Bokara yang baru.

Dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kampung Bokara yang baru adalah satu amanah dan tanggujawab yang perlu digalas demi untuk merealisasikan perkara-perkara dan elemen penting berhubung pembangunan dan keselamtan kampung. Dibawah pentadbiran baru ini, saya tidak dapat menjanjikan sesuatu yang lebih daripada kemampuan saya,tetapi saya berjanji kepada diri saya bahawa amanah dan tanggungjawab ini adalah untuk memastikan kampung bokara terus membangun dari semua aspek dan juga meletakkan nama bokara dipersada yang lebih tinggi sesuai dengan sejarahnya sebagai salah satu kampung yang tertua dan wujud awal di Sandakan.