Friday, May 11, 2012
' Selamat Hari Ibu, kepada semua Ibu-ibu warga Kampung Bokara,Sandakan'
Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-ibu Warga Kampung Bokara,dengan harapan agar generasi anak muda Kampung ini dapat menjadikan pengorbanan Ibu saat membesarkan kita semua sebagai teladan dan pedoman sepanjang masa. Jagalah Ibu kita selagi hayatnya masih ada di dunia,dan doakanlah kesejahteraan Ibu jika Ibu telah meninggalkan kita. Sesungguhnya Syurga seorang anak terletak di bawah kaki Ibunya.
Friday, May 4, 2012
Mac Labuan Vs Khairul Sandakan Sabah Full Contact Challenge 2011 part 1
Sabah Full Contact Challenge 2011
Monday, April 30, 2012
" Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2012,kepada warga kerja,Usahawan,kakitangan awam/swasta dan buruh-buruh am dari Kampung Bokara,Sandakan."
Selamat menyambut dan bercuti sempena Hari Pekerja Sedunia 1 Mei 2012 kepada warga kerja,usahawan,kakitangan awam/swasta,dan buruh-buruh am dari Kampung Bokara. Semoga ditahun ini dan tahun-tahun yang akan mendatang akan membawa lebih keceriaan dan kesungguhan kita dalam melaksanakan tugas seharian.
Friday, April 27, 2012
Siapa layak jadi Calon,serahkan pada Pucuk Pimpina BN Pusat
Pada 26. April 2012, satu perjumpaan yang diadakan di Balai Raya kampung bokara dan penyampaian hamper kepada warga tua lebih kurang dalam 70 orang, ketika membaca akhbar The Borneo Post pada pagi 27 April 2012, terdapat satu ruangan yang memaparkan usul dari Penduduk kampung meminta agar ADUN N.44 Karamunting yang diwakili oleh YB Datuk Peter Pang En Yin BN-GERAKAN ,agar pucuk pimpinan mencalonkan semula beliau sebagai Calon BN pada PRU13 akan datang ini.
Pemuda UMNO Cawangan Bokara berpandangan adalah, Kita sedia maklum, BN yang ditunjangi UMNO dan disertai parti2 komponen yang lain adalah salah satu ikatan kekukuhan perjuangan BN melalui sistem kuota Parti2 Komponen bagi meletakkan setiap calon Parti mereka yang layak untuk menjadi Calon Wakil Rakyat bagi kawasan yang dipilih.
Wakil Rakyat BN Kawasan DUN N.44 Karamunting adalah Kuota Parti LDP,dan selayaknyalah atas dasar perjuangan dan penghormatan kepada komponen BN yang lain LDP wajar meletakkan Calon Boleh Menang bagi kawasan N.44 Karamunting. Parti GERAKAN tidak seharusnya diberi peluang untuk meletakkan Calon di Kawasan N.44 Karamunting kerana GERAKAN tidak mempunyai 1 kerusi pun di Sabah, dan kerusi yang sedia ada adalah diwakili oleh dua wakil rakyat bekas ahli SAPP yang keluar dan menyertai GERAKAN kerana SAPP keluar daripada perjuangan BN. Tetapi situasi yang berlaku di DUN N.44 Karamunting adalah berbeza, YB Datuk Peter Pang keluar Parti LDP dan menyertai GERAKAN adalah atas sebab tidak sehaluan lagi dengan kepimpinan LDP Pusat,sedangkan LDP masih dalam Komponen BN dan perjuangan BN. Pada PRU12 2008 yang lepas, LDP meletakkan YB Datuk Peter Pang sebagai calon wakil rakyat BN mewakili Partinya bagi menggantikan bekas ADUN N.44 Karamunting Datuk Wong Lien Tat yang tidak dicalonkan semula pada PRU12 lepas.
Oleh itu, Pemuda Bokara tidak pasti apakah tujuan warga Kampung ku ini yang hadir sekadar mungkin dipergunakan oleh pihak2 yang mahukan cara sebegini wakil rakyat dipilih tanpa memberi mandat sepenuhnya kepada keputusan Pucuk Pimpinan BN Pusat?
Saya sendiri juga pernah diperlakukan sedemikian, sebagai Pemuda UMNO,prinsip perjuangan dalam UMNO adalah membela,menegakkan Agama Bangsa dan Negara serta Parti UMNO itu sendiri, dan bukannya diperbudakkan oleh Kumpulan dari Parti Gerakan kawasan ini yang jelas seolah-olah mempergunakan Warga Kampung Bokara dengan 70 buah hamper berkenaan.
Diambang pilihanraya ini,saya berasa pelik, kenapa Kampung Air dan Kampung Bokara sahaja seringkali masuk di dada-dada akhbar tempatan Sabah yang mengusulkan Wakil Rakyat ini dicalonkan semula? Bagaimana Kampung kawassan yang diduduki majoriti Kaum Cina, seperti Kampung Pukat, Cecily,Tanah Merah, Bandar Ramai,Bandar Leila, Sibuga,Pasir Putih, ke mana penduduk Kampung ini atau kawasan ini? Kenapa pihak atau Kumpulan yang menganjurkan perjumpaan atau perhimpunan seperti ini tidak pula boleh mendapatkan sokongan dari Kampung2 tersebut diatas? Apakah Kampung air dan Kampung Bokara ini mudah dipergunakan oleh mereka? Ini satu helah oleh kumpulan2 tertentu yang cuba mempergunakan warga kampung ini.
Kita setia kepada Parti UMNO-BN dan bekerjasama dengan Parti Komponen BN, tetapi bukan dengan cara seperti ini, yang seolah-olah warga kampung Bokara ini dipergunakan sahaja.
Apa saja keputusan Pucuk Pimpinan BN Pusat, untuk meletakkan siapa Calon Wakil Rakyat kawasan N.44 Karamunting,kita sokong dan kita akan bantu dalam Pilihanraya ke-13 ini. Tidak perlu dengan cara seperti ini, yang kami lihat sendiri segelintir yang terdapat dalam Gambar tersebut adalah Pengundi di DUN N.43 Sekong dan juga kami juga tidak lihat Golongan Muda yang hadir dalam perjumpaan ini. Hanya warga tua saja yang sering digunakan dan seolah-olah dipergunakan oleh pihak yang menganjurkan Perhimpunan seperti ini.
Wednesday, April 25, 2012
Hujan Lebat melanda,banjir pun tiba.
Tengah hari tadi sekitar jam 12:00pm, saya lalu di jalan sim-sim,rupanya dalam hujan lebat yang melanda secara tiba-tiba hari ini,ada pula banjir kecil di jalan ini yang menuju ke Taman Grand View. Ada juga kereta tenggelam separuh seperti yang kelihatan dalam gambar ini.
Di harap hujan ini tidak berterusan, teruk jadinya kalau berterusan mesti ada banjir besar bakal berlaku. Nampaknya sistem perparitan kawasan ini perlu dinaik taraf segera demi keselamatan penduduk,harta benda dan pengguna jalan raya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


