23.07.2017 - Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Batu Sapi 2017 telah disempurnakan oleh Ybhg Encik Jamawi Jaafar Ketua Penerangan Pemuda UMNo Malaysia yang bertempat di Sabah Hotel Sandakan.
Mesyuarat tersebut sebulat suara mengusulkan agar calon PRU untuk Parlimen Batu Sapi wajar dikemukakan calon baru berstatus Bumiputera Islam jika kerusi untuk parlimen Batu Sapi tidak beri peluang kepada UMNO untuk mengemukakan calon.
Ini adalah berikutan kegagalan demi kegagalan wakil rakyat BN (PBS) Yb Datuk Linda Tsen Thau Lin yang dalam menangani isu masalah Kontraktor bekalan elektrik C3 Power yang tidak melunaskan tunggakan hutang kepada SeSB menyebabkan 3 buah kampung di Batu Sapi bergelap dalam tempoh yang lama,dan banyak lagi isu setempat yang gagal di ambil berat pihak beliau.
Hanya wakil rakyat UMNO serta Barisan Kepimpinan UMNO Batu Sapi yang di Ketuai Oleh YB Datuk Hj Samsudin Yahya bersama Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi Ybhg Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan kerap kali turun padang membantu mendengar keluhan penduduk serta membuat desakan kepada pihak2 berwajib agar tampil memberikan penjelasan sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.
Antara lain, mesyuarat perwakilan juga telah memilih 2 orang wakil ke Pesidangan Pemuda UMNO Malaysia 2017 di PWTC iaitu,Sdr Cikgu Andi Supratman Andi Mustafeng dan Sdr Yasser Rashdan Hj Hamdan bagi mewakili pemuda umno batu sapi.
Ketua Pemuda Batu Sapi juga turut menyumbangkan 80 set jersi kepada 80 ketua2 Pemuda Cawangan mewakili cawangan pemuda masing2 di bahagian batu sapi.
No comments:
Post a Comment