YB Datuk Charles Pang dan Sdr Yasser Rashdan merakamkan gambar kenangan bersama
ahli-ahli Cawangan UMNO yang hadir.
ahli-ahli Cawangan UMNO yang hadir.
Pada 23 April 2017 (Ahad),jam 10:30 pagi, satu program "Santai Bersama Wakil Rakyat" yang dianjurkan oleh Jawatankuasa UMNO Cawangan Kg.Bokara telah diadakan di kediaman Ketua Cawangan yang mana program ini adalah bertujuan bagi memastikan hubungan wakil rakyat dengan para pengundi khasnya dikalangan ahli-ahli UMNO Cawangan lebih erat berbanding sebelumnya.
Setelah 4 tahun berkhidmat sebegai wakil rakyat, inilah julung-julung kalinya YB Datuk Charles O Pang turun padang bersuai kenal dengan ahli-ahli UMNO Cawangan Kg.Bokara.
Usaha ini diadakan agar kelemahan dalam pentadbiran wakil rakyat sebelum dapat diatasi ekoran sikap segelintir pegawai-pegawai di UPPM N.44 tidak menitik beratkan fungsi serta peranan Keytua-ketua cawangan terhadap wakil rakyat.
Dalam program tersebut juga, YB Datuk Charles O Pang telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan beras kepada 18 orang penerima iaitu terdiri daripada fakir,warga tua,balu dan ibu tunggal. Turut memberikan sumbangan peribadi ialah Ketua Cawangan sdr Yasser Rashdan kepada 10 orang warga tua yang turut hadir.