Pg.Roslan Pg.Nasrun telah mengumumkan keluar dari UMNO dan meletak jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi pada satu Majlis di Ballroom Sanbay hotel.
Hj Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi bersama Ketua Wanita Puan Rahimah Hj Asrah dan Ketua Puteri Puan Hazulizah Md Dani bersama jawatankuasa bahagian dan sebilangan ketua-ketua Cawangan dalam satu kenyataan menafikan bahawa 600 Ahli dan 100 Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi keluar parti.
Selaku Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara dan juga AJK Pemuda UMNO Batu Sapi, saya menyangkal bahawa dakwaan 100 ketua cawangan UMNO di Bahagian Batu Sapi ini telah keluar parti. Apa yang saya lihat berdasarkan gambar serta maklumat yang diperolehi,kelihatan mereka adalah sebilangan ahli Parti Pembangkang iaitu Sdr.Mustafa Talib yang telah keluar dari UMNO pada Ogos 2015 setelah kecewa ketika tewas pada pemilihan UMNO Bahagian Batu Sapi 2013 lepas,dan ramai lagi adalah dikalangan ahli Parti pembangkang yang hadir dalam majlis tersebut.
Apa yang saya boleh simpulkan adalah keputusan mereka meninggal UMNO ini bukanlah atas dasar perjuangan tetapi adalah atas kapasiti peribadi dan kepentingan mereka sendiri. Saya tidak melihat semangat perjuangan diwajah mereka. Mereka tidak seharusnya melabel UMNO ini teruk dan tidak berperaturan sedangkan mereka juga adalah bekas ahli UMNO. Jika mereka beranggapan bahawa dibawah wadah perjuangan baru mereka ini punya masa depan yang cerah,masa saya ucapkan selamat berjuang serta semoga berjaya!
YRH