Belajar Forex dengan saya

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Umat Islam

Ketua,Naib Ketua dan AJK Serta Seluruh Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada 26 Oktober 2012 ini kepada seluruh Umat Islam. Kepada Warga Kampung Bokara yang sedang menunaikan Ibadah Haji pada waktu ini,kami mendoakan agar kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sempurna semoga kalian semua mendapat Haji Mabrur. Semoga selamat tiba ke tanahair setelah selesai menunai Rukun Islam ke 5 ini.

Saturday, October 20, 2012

" Majlis bacaan Maulid dan Tazkirah bersama Ulama Al-habib A.Syarif Bin Syihab, di Kediaman Tuan Guru Haji Syed Kassim Haji Syed Omar Ali Al-Marzak "

Hari ini 20 Oktoeber 2012,Sepanjang beliau berada di Sandakan, Kampung Bokara tidak terkecuali dalam program beliau. Alhamdulillah, Kediaman Tn Guru Haji Syed Kassim Hj Syed Omar Ali Al-Marzak sekali lagi menjadi tempat persinggahan dalam program kali ini. Pengelola di Majlis kali ini di Kampung Bokara di kelolakan oleh Syed Omar Daud Hj Syed Kassim.

DALAM POLITIK,BUKAN SEKADAR BERCAKAP.

Debaran PRU13 (Pilihanraya Umum ke-13) semakin terasa. Cabaran Parti memerintah iaitu BN (Barisan Nasional) adalah cabaran yang getir dan juga satu cabaran yang menguji tahap keberkesanan perlaksanaan dasar-dasar serta Janji Parti Barisan Nasional yang telah ditunaikan dan janji yang dalam usaha untuk dilaksanakan. SABAH,kini mempunyai arus perubahan yang ketara sejak Barisan Nasional memerintah Negeri ini dari 1994 yang lepas dan ketika UMNO mula bertapak di Negeri ini lewat 1990an yang lalu. Pembangunan yang ketara dan juga kemudahan-kemudahan demi kepentingan rakyat juga telah terlaksana yang mana Kerajaan BN merealisasikan pembangunan tersebut. Pembangkang yang ujud di Negeri ini bak cendawan menimbulkan pelbagai isu yang cuba untuk menggugat serta mempengaruhi rakyat Sabah khasnya. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Adakah Pembelaan rakyat yang sebenarnya ataupun ada agenda lain? Sepatutnya pihak merekalah tahu intipati perjuangan mereka sendiri. Diperingkat akar umbi khasnya Kampung Bokara, Kerajaan Barisan Nasional telah banyak membawa beberapa perubahan dari segi infrastruktur serta kemudahan kampung termasuk juga bantuan PBR/PPRT untuk rakyat miskin di kampung yang menjadi keutamaan Kerajaan bagi meringankan sekaligus menyelesaikan masalah kediaman keluarga yang mempunyai pendapatan rendah. Program-program yang dianjurkan oleh UMNO dan juga wakil-wakil rakyat BN di kampung ini banyak membawa manfaat dan melalui program tersebut ikatan antara wakil rakyat dan warga kampung/pengundi bertambah erat. Sudah menjadi kebiasaan, dimana ada Kekuatan disitu juga tetap pembangkang. Cuma pihak pembangkang di peringkat Kampung Bokara ini hanya tahu menimbulkan isu peribadi dan remeh yang sama sekali tidak membawa manfaat kepada rakyat khususnya warga kampung ini. " Dalam Politik,Bukan hanya sekadar bercakap." Program untuk warga kampung tiada dibuat,program amal,sukan atau apa sahaja juga tiada dibuat.Yang ada hanya gosip,dan menimbulkan isu-isu remeh sahaja. Dipihak Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara sudah cukup bersedia menghadapi PRU13 untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Negeri ini khasnya kawasan Parlimen Batu Sapi.

Friday, October 12, 2012

"Kampung Tanpa Wayar" /WiFi Free diharap tidak hanya pada papan tanda.

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara pada 11 Oktober 2012 telah menghantar 1 surat rasmi mohon penjelasan kepada pihak SKMM Wilayah Sandakan berhubung permasalahan pemancar WiFi di Kampung Bokara yang telah menerima aduan ramai penduduk berhubung kelembapan pemancarnya yang sama sekali boleh dianggap tidak membawa manfaat dan menyebabkan penduduk berasa kesal seolah-olah pemancar tersebut hanya dianggap seperti Tunggul Kayu biasa sahaja. Sungguhpun terdapat 'Signal' WiFi daripada 3 pemancar tersebut,ianya tidaklah dapat digunakan dengan jarak melebihi 20 meter daripada sekitar Masjid yang mana pemancar itu didirikan. Ini menunjukkan satu permasalahan terhadap kemudahan rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan tetapi masih mempunyai masalah dari segi perlaksaannnya. Justeru itu,atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan ahli Parti yang menyokong dasar 1Malaysia ,Pemuda Bokara mewakili para penduduk untuk menyuarakat permasalahan ini mengikut saluran yang betul. Diharap dalam masa terdekat,pihak SKMM akan memberi maklumbalas berhubung perkara ini.