Belajar Forex dengan saya

Monday, March 7, 2011

" Kenduri Perdana anjuran KPKK di Kampung Air Sandakan,Parlimen Batu Sapi"






23/12/2010 : Program Kenduri Perdana anjura Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang telah dilaksanakan pada 23/12/2010 bertempat di Kampung Air Sandakan.Program tersebut disempurnakan oleh Menteri KPKK Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim dan juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Belia dan Sukan YB Datuk Peter Pang En Yin.

Program tersebut juga,disertai oleh Kampung sekitar iaitu Kampung Bokara, Kampung Karamunting,Taman Melanta, Kampung Tanah Merah, dan beberapa kampung yang lain. Program dilaksanakan selepas kemenangan besar Calon Barisan Nasional di kawasan Parlimen Batu Sapi dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi baru-baru ini.

Dalam Program tersebut juga, sumbangan telah disampaikan kepada penerima-penerima Komputer riba, Papan Lapis dan bantuan Meter Air. Terima kasih kepada KPKK atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

No comments: