Belajar Forex dengan saya

Tuesday, October 5, 2010

" Pelancaran Program Pembersihan Persisiran Pantai Peringkat Daerah Sandakan di Kampung Bokara "





Ucapan Wakil Perasmi, YB Datuk Haji Samsudin Bin Yahya,ADUN N.43 Sekong merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi.


Ucapan YBHG Tn Haji Hamdan Haji Dikong Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan Majlis Perbandaran Sandakan


Ucapan Pengerusi JKKK Kampung Bokara Sandakan,SDR Yasser Rashdan Haji Hamdan

25 September 2010 (Sabtu) 0700am : Pelancaran Program pembersihan persisiran pantai anjuran bersama Jawatankuasa Kebersihan Majlis Perbandaran Sandakan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bokara, telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Majlis telah dirasmikan oleh wakil kepada YB Datuk Peter Pang En Yin selaku Timbalan Ketua Menteri, iaitu YB Datuk Haji Samsudin Bin Yahya untuk merasmikan pelancaran tersebut. Pelancaran ini adalah bertujuan untuk langkah permulaan Majlis Perbandaran Sandakan bersama penduduk setempat untuk sama-sama mengurangkan permasalahan pencemaran sampah sarap yang terdampar dikawasan persisiran pantai daerah Sandakan.

Walaupun tidak mudah untuk menghapuskan sekaligus sampah sarap yang telah bertahun-tahun terkumpul dipersisiran pantai, namun langkah seperti menampakkan usaha untuk menjaga alam sekitar kita. Diharap kepada para penduduk dan kawasan sekitar agar dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk kebaikan bersama. Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Sandakan dan Para penduduk yang telah turut sama menjayakan program tersebut.

No comments: