Belajar Forex dengan saya

Tuesday, August 17, 2010

" Penyerahan sumbangan fasiliti sukan kepada Persatuan Belia Kampung Bokara dan Belia Kampung Air "






Ucapan YB Datuk Peter Pang En Yin,Timbalan Ketua Menteri,Menteri Belia dan Sukan ADUN N.44 Karamunting.


ISNIN,16 Ogos 2010,Jam 0500 Petang : Saat Menyambut Ramadhan dan menunaikan Ibdah Puasa dikalangan umat Islam seluruh duna. Belia Kampung Bokara dan Kampung Air antara yang bertua ekoran menerima sumbangan fasiliti sukan kegunaan di masa lapang. Majlis Penyerahan fasiliti sukan kepada Persatuan Belia Kampung Bokara Sandakan dan Belia kampung telahpun disempurnakan oleh YB Datuk Peter Pang En Yin selaku Timbalan Ketua Menteri dan Juga Menteri Belia Dan Sukan Sabah yang mana majlis tersebut diadakan sebelum program berbuka puasa di Kampung Karamunting.

Pengumuman yang dibuat oleh beliau pada Mei lalu ketika lawatan belia ke Gelanggang Bola Tampar Kampung Bokara telah menjadi kenyataan. Para belia bokara amat bertuah ekoran sumbangan seperti ini dapat di manfaatkan untuk jangka masa yang panjang.
Antara sumbangan fasiliti Sukan tersebut adalah, 2 Buah Meja Ping Pong, Bola Futsal,Bola Tampar, Jersi dan Bola Ping Pong.

No comments: