Semoga pada tahun baru ini ALLAH SWT memakbulkan doa kita semua.Amiinnnnn....
Wednesday, October 30, 2013
Selamat Menyambut Awal Muharram dan Salam Ma'al Hijrah 1435H
Assalammualaikum semua,
Dikesempatan ini saya dan meodrator Blog Rasmi UMNO Cawangan Bokara dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Awwal Muharram dan Ma'al Hijrah 1435H.
Semoga di tahun baru ini, akan membuka lembaran baru dan lebih membawa kepada keberkatan khas untuk kita semua. Setahun yang lalu pastinya meninggal seribu detik kenangan manis dan pahit serta suka duka kehidupan seharian yang dilalui.
Sunday, October 27, 2013
Terima kasih kepada Pimpinan Pemuda UMNO Batu Sapi.
Sekalung penghargaan daripada saya kepada para perwakilan yang telah menyokong saya dan mengundi sekalipun saya tewas pada pemilihan Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi yang berlangsung pada 12 Oktober 2013 bertempat di Dewan Tadika CHI HWA Sandakan.
Keputusan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi iaitu Sdr.Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan untuk melantik saya menganggotai jawatankuasa pemuda bahagian adalah suatu pengiktirafan beliau terhadap khidmat bakti saya demi memperkasan perjuangan UMNO diperingkat pemuda.
Saya ucapkan terima kasih,dan dalam satu penggal ini saya akan beri khidmat terbaik kepada pemuda bahagian serta pemuda-pemuda cawangan khasnya. InShaaAllah dilain masa, saya akan teruskan perjuangan ini dan tidak akan putus asa.
#Yasser Rashdan
Friday, June 28, 2013
Pemilihan UMNO Guna Sistem “Electoral College”
Pemilihan UMNO Guna Sistem “Electoral College”
share from : www.umno-online.my
KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem ‘Electoral College’ yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata sistem itu dilihat sesuai dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi.
“Cara pemilihan kita berlainan sedikit daripada yang lalu. Kita akan menggabungkan sistem Amerika dengan sistem yang ada di United Kingdom.
“Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi,” katanya ketika berucap pada Taklimat Kaedah dan Pelaksanaan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Tajol yang juga bekas menteri besar Perak berkata berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.
Beliau berkata penggunaan kaedah baharu ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.
Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka, katanya.
“Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang akan dilaksanakan pada pemilihan hujung tahun ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009.
“Ini juga membuktikan keterbukaan dan UMNO sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian mencabar,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata jawatankuasa pemilihan akan membentangkan kaedah pemilihan kepada pengurusan parti sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas selesai taklimat di semua negeri.
Taklimat yang diberikan adalah untuk memperincikan kaedah pemilihan selepas pindaan perlembagaan parti yang baharu, katanya.
“Kita menerima segala cadangan dan pandangan untuk memastikan kaedah baharu ini bagi memilih jawatankuasa tertinggi yang akan diberikan kuasa kepada peringkat cawangan dapat berjlan mengikut kaedah yang diputuskan dalam pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 2009,” katanya.
Ab Rauf berkata sekiranya waktu mencukupi, satu simulasi pemilihan akan dijalankan sebelum proses pemilihan dijalankan serentak di seluruh bahagian.
“Kalau tidak (cukup waktu), kita akan berikan satu penerangan khas sebelum perjalanan persidangan di peringkat bahagian memilih majlis tertinggi diadakan,” katanya.
Tarikh pemilihan peringkat cawangan diputuskan iaitu dari 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pimpinan tertinggi parti belum ditentukan.
share from : www.umno-online.my
Wednesday, June 5, 2013
Friday, May 31, 2013
Tahniah kepada Sdr.YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang baru.

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara dan Kepimpinan Gabungan Belia Batu Sapi (GBBS Team) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sdr.Yb Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia atas Perkenan DYMM SPB YDP Agong baru-baru ini. GBBS Team mengalu-alukan kepimpinan Sdr.YB Khairy memegang jawatan sebagai Menteri KBS yang baru dan perlantikan ini adalah selaras dengan citarasa serta kehendak belia masa kini. Tahniah sekali lagi diucapkan,selamat menjalankan tugas dan kami di GBBS Team serta Pemuda UMNO senantiasa berada dibelakang YB Khairy bagi membantu serta memberikan kerjasama dalam memartabatkan peranan belia khususnya. Ikhlas daripada, YASSER RASHDAN HAMDAN Pengerusi Gabungan Belia Batu Sapi,Sabah (GBBS Team)
Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bokara.
Saturday, April 20, 2013
Wednesday, April 17, 2013
Tahniah kepada Datuk Haji Samsudin Yahya Calon Barisan Nasional N,43 Sekong
Jawatankuasa dan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara mengucapkan tahniah kepada Calon Barisan Nasional Datuk Haji Samsudin Yahya yang telah dipilih semula sebagai Calon mewakili BN untuk kali ke-3 pada Pilihanraya umum ke-13 kali ini.
Di bawah pimpinan dan semangat setiawaan dalam UMNO maka Pemuda Bokara akan membantu Datuk Haji Samsudin Yahya selaku Calon mewakili Parti Barisan Nasional.
admin.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















