Belajar Forex dengan saya

Monday, October 5, 2009

" Majlis Aidilfitri UMNO Cawangan Kg.Bokara "







" Majlis Aidilfitri pada 27.09.2009 yang dikelolakan oleh Jawatankuasa UMNO Cawangan Kg.Bokara bersama Penduduk Kampung ini adalah hasil cetusan idea Ybhg.Tuan Haji Faisal Tan Sri Datuk S.P Haji Ampong yang juga Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara. Tujuan majlis aidilfitri ini diadakan bukan sahaja untuk merapatkan lagi talisilaturrahim sesama ahli malah juga dikalangan penduduk setempat. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian diUtamakan, Majlis Aidilfitri ini juga salah satu program untuk rakyat khususnya di Kampung Bokara bagi bertujuan mendekati rakyat. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang pemimpin iaitu YB Datuk Peter Pang En Yin Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.44 Karamunting serta YBHG. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Ampong Haji Puyon Ketua UMNO Bahagian Sandakan. Dalam Majlis tersebut, Tuan Haji Faisal selaku Pengerusi Pelaksana, Ybhg.Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Ampong dan YB Datuk peter Pang En Yin sempat meluangkan masa untuk memberikan ucapan dan sepatah dua kata kepada para ahli dan juga penduduk kampung yang hadir."



" Jawatankuasa Pelaksana Majlis ini ialah :-
Pengerusi : Tn Haji Faisal Tan Sri Datuk S.P Haji Ampong
Timbalan Pengerusi : Hamdan Haji Dikong
Setiausaha : Hajah Abdah Haji Kasim
AJK Kecil : Haji Jailang Milaham
: Norlela Haji Bakri
: Juraidah Hamdan
: Saleha Gaus
: Hajah Sapiah Haji Omar Ali
: Haji Amir Hashim Haji Ahmad
: Yasser Rashdan Hamdan

Sunday, September 27, 2009

Sunday, September 20, 2009

salam aidilfitri

saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua warga kampung bokara.Moga di Lebaran tahun ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim dan persahabtan kita semua. Sekian,Assalammualaikum...

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak

" Saya sekeluarga ingin mengucapkan kepada semua warga kampung bokara selamat menyambut bulan ramadhan dan menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan tersebut. Semoga kita semua diberkati dan redhai Allah SWT dan dijauhi dari segala malapetaka jahat. Moga-moga dalam Ramadhan tahun ini akan mengeratkan lagi tali silaturrahim kita semua. Wassalam "

Friday, May 15, 2009

Salam Hari Guru 2009

" Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Kepada Guru yang pernah mengajar saya dari Tadika hingga lah ke Sekolah Menengah saya ucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah SWT sahaja yang akan membalas jasa anda semua. "

Thursday, May 14, 2009

Salam Hari Belia Negara 2009

" Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Belia Negara 2009 khusus kepada semua ahli Persatuan Belia Bokara Sandakan PBBS. Semoga ditahun ini,memberi satu lembaran baru kepada kita semua bagi menjana suatu inspirasi yang lebih proaktif bagi membangunkan para belia khususnya di Kampung kita. Sememangnya saya sendiri mengakui terdapat kelemahan dalam beberapa aspek Persatuan Belia Bokara khasnya dalam Pentadbiran,kita berharap dalam kepimpinan baru yang akan mendatang akan lebih memperbaiki kelemahan-kelemahan pentadbiran persatuan kita. Kepada semua para belia bokara, bersama-samalah kita berganding bahu memikul tanggungjawab dan menyumbang sedikit tenaga kita kepada Persatuan kita ini,janganlah kita berpecah belah hanya oleh sentimen peribadi,janganlah kita sering bertanya apakah sumbangan persatuan pada kita, tapi biarlah kita fikir sejenak apakah sumbangan kita kepada persatuan kita dan apakah kita telah menjadi ahli persatuan ataupun hanya sekadar menanggap persatuan belia kita ini hanyalah koleksi organisasi sahaja di kampung.Saya berharap, kepimpinan baru Persatuan Belia Bokara yang akan datang ini dapatlah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dan dapat membawa persatuan belia bokara ke mercu kejayaan bukan sahaja dalam Sukan, program sosial...tetapi berajay dalam pembangunan Ekonomi belia juga sepatutnya di fokuskan."
Salam daripada saya mr.yaser PBBS MT.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar IBU. Jasa MU tetap dikenang hingga ke akhir hayat.