Belajar Forex dengan saya

Wednesday, December 20, 2017

Khairul Firdaus Akbar Khan,pemimpin muda dan permata yang perlu digilap.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerna dengan limpah kurnianya, dan ucapan ribua terima kasih kepada Tn Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan kerna saya telah dipilih sebagai salah seorang perwakilan Pemuda UMNO Batu Sapi ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia 2017 di PWTC Kuala Lumpur pada 04 Disember - 07 Disember 2017 baru-baru ini.
Penyertaan ini adalah julung2 kali saya sertai sejak saya berkecimpung dalam politik bermulanya  saya menyertai UMNO pada 2003.
Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan
ketika berucap dalam perbahasan.
Saya mengucapkan syabas dan setinggi tahniah kepada Ybhg Tuan Haji Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana dipilih sebagai wakil pembahas usul pemuda  untuk Negeri Sabah.
Saya menulis coretan ini adalah bagi mengemukakan pandangan dan pendapat saya terhadap apa yang diutarakan oleh Firdaus dalam ucapan perbahasannya. Dengan nada yang bersahaja tetapi tegas dan punya mesej jelas,ianya meyakinkan bahwa transformasi dalam kepimpinan UMNO khas di Negeri Sabah terutama sekali dalam mengetengahkan calon-calon anak muda wajar menjadi keutamaan dalam PRU-14 akan datang.
Sememangnya diakui,sebilangan pihak mesti ada yang rasa sinis,tersindir ataupun tidak senang duduk dengan apa yang beliau usul dan bahaskan. Akan tetapi,sebagai pejuang anak muda yang berjasa di Parlimen Batu Sapi, Firdaus bukanlah seorang pemimpin muda yang kekok atau mudah diperkotak katikkan. Beliau punya cara tersendiri dalam kepimpinan menerajui Pemuda UMNO Batu Sapi,malah sikap ramah mesranya sangat disenangai semua lapisan masyarakat khanya di kawasan Batu Sapi. 
Mengulas mengenai beberapa mesej dalam ucapan perbahasannya antaranya beliau menekankan betapa pentingnya rombakan wakil-wakil rakyat BN di Sabah berlaku, iaitu mana-mana ADUN atau MP telah melepasi 3 penggal sebagai wakil rakyat tetapi tidak mempunyai jawatan atau portfolio kementerian,serta tidak mempunyai "track record" yang baik maka disarankan agar bersedia untuk berundur dengan mengemukakan surat penarikan diri sebagai Calon PRU14 bagi memberi laluan anak muda / calon muka baru di tonjolkan. 
Dengan nada tegas dan lantang, sewajarnya dalam konteks perbahasan usul Pemuda, Firdaus tidak diwajar dikecam oleh sesetengah pihak yang segelintirnya beranggapan beliau membawa usul peribadi. Apa yang disuarakan adalah Usul Pemuda Sabah,dan usul tersebut adalah hak dan kebertanggungjawaban Pemuda UMNO Sabah bagi menyampaikan hasrat rakyat terutama anak muda Sabah mahukan rombakan drastik dalam penetapan calon-calon PRU-14 nanti. 
Oleh itu, keterampilan Firdaus dalam mengemukakan usul tersebut perlu dilihat dari kaca mata positif dan anak sebegini yang di perlukan dalam Negeri Sabah khususnya di Parlimen Batu Sapi.
Mengimbas kembali pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Batu Sapi 2016 dan tahun 2017, Firdaus sangat konsisten untuk mengusulkan bahwa Ahli Parlimen Batu Sapi YB Datuk Linda Tsen Thau Lin dan ADUN Karamunting YB Datuk Charles O Pang  perlu dinilai semula untuk diletakkan sebagai calon PRU14. Kedua-dua wakil rakyat ini pada penilaian beliau selama mereka menjadi wakil rakyat, telah gagal membawa arus pembangunan masyarakat khasnya masyarakat bumiputera Islam di kawasan Parlimen Batu Sapi. Kedua-dua wakil rakyat ini juga terlalu banyak isu yang ditimbulkan rakyat ekoran kurang turun padang membantu mengurangkan masalah rakyat dalam konteks prasarana dan infrasturuktur termasuklah hal-hal kebajikan rakyat sepatutnya wakil rakyat ambil perhatian.
Firdaus adalah anak muda yang wajar diketengahkan sebagai calon paling layak untuk menjadi wakil rakyat kawasan ini. Walaubagaimanapun,semua ini tertakluk kepada pucuk pimpinan pusat untuk menilai latar belakang beliau, kepimpinan dan juga kebolehan beliau  dan tidak dinafikan,soal menjadi calon PRU adalah sesuatu yang bukan mudah untuk dicapai.
Sekalipun begitu, UMNO wajar memfokuskan cara untuk memperkuatkan semula Parti dan memastikan Transformasi UMNO bukan hanya pada laungan tetapi perlu dalam "perlaksanaan". Jika tidak, anak-anak muda akan menilau sejauh mana suara anak muda diterima pakai dalam menyenaraikan anak muda untuk menjadi salah satu struktur organisasi kepimpinan UMNO khasnya dalam Negeri Sabah.
Bagi sebilangan pihak yang tidak bersetuju dengan Firdaus, itu adalah hak masing-masing dan ianya tidak boleh dijadikan alternatif untuk menguburkan perjuangan politiknya hanya kerana kelantangan beliau bersuara ,kerana apa yang beliau suarakan adalah suara nadi anak muda dan juga Pemuda UMNO Sabah khasnya.
Kepada wakil-wakil rakyat di Sabah yang terkesan dengan usul Pemuda UMNO Sabah dalam perbahasan PAU Pemuda 2017 baru - baru ini, sebagai cadangan , perlunya anda sebagai wakil rakyat wajar imbas kembali tanggungjawab anda;-
Apakah anda sebagai wakil rakyat lebih 2 atau 3 tinggal telah menunaikan tanggungjawab sepenuhnya?
Apakah anda sebagai wakil rakyat selama lebih 2 atau 3 penggal telah mengurangkan kadar kemiskinan Ketua-ketua Cawangan UMNO, Ketua-ketua Kampung, dan Pengerusi2 JKKK yang terdapat di kawasan anda seperti anda sedia maklum? 
Apakah anda sebagai wakil rakyat lebih 2 atau 3 penggal telah  mensturukturkan semula penempatan rakyat yang tinggal dipersisir pantai sama ada yang telah dirobohkan atau yang belum mendapat tapak baru?
Apakah anda sebagai wakil rakyat lebih 2 atau 3 penggal bersedia untuk berundur bagi memberikan laluan kepada anak muda?
Saya percaya,beberapa persoalan tersebut di atas adalah sebahagian dalam hati nurani Khairul Firdaus dalam ucapan perbahasannya, ia tidak perlu dikecam dan disalah erti.
Sebagai kesimpulan, tahniah kepada Khairul Firduas, anda adalah permata yang perlu digilap, semoga menjadi pemimpin yang bertanggungjawab,prihatin dan menjadi wakil rakyat satu masa nanti. Keikhlasan dalam apapun perjuangan yang berlandaskan Agama Bangsa dan Tanahair tidak menunut sebarang habuan atau pembalasan. Oleh itu kepada Allah SWT kita berserah,kerana perancangan ALLAH SWT itu adalah yang terbaik, kita hanya mampu merancang.


YASSER HAMDAN                                                                                                            Kg.Bokara,Sandakan                                                                                                          0300am 21/12/2017