Belajar Forex dengan saya

Sunday, September 11, 2016

Selamat Menyambut Hari Raya AildilAdha kepada seluruh muslimin & muslimat.


UMNO Cawangan Kg.Bokara serta Jawatankuasa Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AildilAdha khasnya kepada semua warga Kg.Bokara tidak kira yang berada di daerah ini dan juga kepada mereka yang berada di perantauan.

Semoga ikatan ukhwah silaturrahim terus terjalin dan perjuangan tetap diteruskan demi masa depan yang gemilang, InShaaAllah...

Wednesday, September 7, 2016

UMNO Bahagian Batu Sapi sebulat suara mahukan Barisan Nasional serahkan kerusi calon untuk Parlimen Batu Sapi kepada wakil dari UMNO.

 
Antara pembentang usul dan pembahas usul dari UMNO Bhgn Batu Sapi 

04.September 2016. - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi pada kali ini telah merumuskan untuk sebulat suara mahukan Barisan Nasional yang naungi UMNO agar mempertimbangkan isu kedudukan kerusi Calon bagi Parlimen Batu Sapi.
Usul Politik yang telah dibentangkan oleh Sdr.Yasser Rashdan Haji Hamdan Ketua UMNO Cawangan Bokara yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Batu Sapi telah menjelaskan beberapa faktor dan faktar yang wajar diambil kira dalam memastikan kerusi Parlimen Batu Sapi ini seharusnya diwakili oleh calon dari Parti UMNO dan bukannya dari Parti Komponen Barisan Nasional.
Adalah wajar,pada kali ini Parti Komponen BN iaitu PBS seharusnya bertolak ansur dan terbuka hati untuk memberi ruang kerjasama dalam memastikan kerusi Parlimen Batu Sapi ini tidak jatuh ke tangan Parti Pembangkang pada PRU-14 yang akan datang.
Dengan kekuatan ahli UMNO di Batu Sapi yang kini seramai 23,000 lebih,sekaligus meyakinkan dan menyokong usaha berkenaan agar tiba masanya kerusi ini wajar diserahkan kepada UMNO kerana faktor majoriti ahlinya dan masyrakat bumiptera di kawasan ini.
Statistik sejak PRU 2008, PRK 2010 dan PRU2013 telah menunjukkan jumlah majoriti undi yang diperolehi oleh Ahli Parlimen Batu Sapi YB Datuk Linda Tsen semakin menurun. Tambahan pula pada PRU13 yang lepas,majoriti kawasan Peti Undi (Bukan Bumiputera) menunjukkan pengundi tersebut cenderung kepada Parti Pembangkang. Pengundi Bumiputeralah yang telah menyelamtkan calon Barisan Nasional di kawasan ini.
Justeru itu, UMNO Batu Sapi dengan tekad dan bersemangat memohon agar pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional segera mempertimbangkan usul UMNO Bahagian Batu Sapi agar kelangsungan pembangunan di kawasan ini lebih pesat dan kepercayaan para pengundi di parlimen ini kembali kepada BN.