Sunday, July 25, 2010
Thursday, July 15, 2010
" Kampung Bokara jadi lokasi pertama untuk Program Membersihkan kawasan Persisiran Pantai "
RABU 14 JULAI 2010 : Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kebersihan Majlis Perbandaran Sandakan bersama JKKK Kampung Bokara,Ketua Kampung Bokara,Pengerusi Masjid, dan beberapa Badan NGO di Kampung Bokara telah diadakan bertempat di Tingkat 1 Dewan Masyarakat Sandakan.
Mesyuarat tersebut membincangkan isu pencemaran alam sekitar persisiran pantai daerah Sandakan. MPS dalam rangka perancangannya untuk membuat satu perubahan antaranya kempen pengurangan penggunaan beg plastik.
Kampung Bokara telah dipilih sebagai Kampung Pertama untuk Pelancaran Program membersihkan kawsan Persisiran pantai yang dijangka akan diadaka pada awal Ogos ini merangkumi kerjasama beberapa pihak berwajib dan penduduk kampung. Program ini bertujuan untuk menerapkan sikap serta memastikan bahawa bahan buangan/sampah seperti plastik seharusnya dibuang di tempat yang sepatutnya. Ini membolehkan bahan buangan tersebut tidak akan mencemarkan alam sekitar terutama persisiran pantai.
Cadangan daripada Pihak JKKK Kampung Bokara kepada Jawatankuasa Kebersihan Majlis Perbandaran Sandakan adalah Perlaksanaan Program membersihkan kawasan persisiran pantai ini hendaklah memerlukan pemantauan berterusan dan ianya tidak boleh dilaksanakan hanya dalam 1 hari sahaja. Ini bagi memastikan pemantauan yang djalankan itu akan dapat mengekalkan fokus serta objektif utama dalam perlaksanaan membersihkan kawasan Persisiran pantai ini.
Pada pandangan mata kasar, tidak mudah untuk mengalihkan sampah sarap yang telah terkumpul hampir berpuluh tahun terutama dikawasan kampung perisiran pantai seluruh daerah sandakan. Tetapi, ianya boleh dilaksanakan secara berperingkat peringkat agar permasalahan tersebut dapat dikurangkan.
Dengan pelancaran program tersebut diharap ianya akan membuahkan hasil yang cukup untuk jangka masa panjang agar kebersihan alam sekitar kawasan persisiran pantai ini dapat dijaga dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)