Belajar Forex dengan saya

Sunday, November 29, 2009

" Graf yang bagaimana kita inginkan "





" Dari 1960 lagi kegemilangan Kampung bokara melalui pembangunan warganya yang bijak pandai dalam pelbagai bidang dalam Politik dan keusahawanan serta pendidikan sememangnya nampak jelas dan juga boleh dibanggakan. tetapi graf tersebut tidak lah kekal sebegitu kerana apa yang saya lihat berdasarkan situasi semasa kini nampaknya graf semakin menampak penurunan. Warna hijau adalah yang saya letakkan dalam graf tersebut adalah Kadar Kemiskinan di kampung bokara, Warna biru adalah Kepimpinan Politik Warga dari Kampung Bokara dan Warna merah adalah orang-orang berada di kampung bokara. Walaupun graf yang saya bayangkan ini adalah Bukan Statistik Tepat, tetapi ianya juga boleh dilihat berdasarkan persekitaran warga kampung bokara masa kini. Oleh itu, sebagai Generasi pelapis, saya melihat Kesedaran perlu ada dikalangan warga kita masa kini, terutama selaki sebilangan belianya yang perlu membuat sesuatu perubahan pada Kampung. Kejayaan Generasi terdahulu seharusnya kita contohi dan ianya boleh kita jadikan sebagai teladan agar kita sebagai generasi pelapis dapat membangun bersama sepertima generasi kampung kita terdahulu. Kejayaan mereka pada masa lalu tidak dapat kita warisi,tetapi ianya boleh kita teladani untuk kita sedar bahawa sekiranya kita tidak berubah atapun membawa perubahan maka kita akan ketinggalan oleh arus pembangunan semasa. Kekuatan bangsa kita,kita tidak boleh ukur dengan saiz fizikal semata-mata, tetapi kekuatan bangsa kita seharusnya kita tonjolkan dalam Pendidikan,Perniagaan,Politik, Sukan dan juga Sosial. Sebagai anak jati kampung bokara, saya berasa bangga kerana ada warga kita dari Bokara ini berjaya dalam Politik, Perniagaan, Sukan dan Sosial Kemasyarakatan, tetapi jumlah tersebut kita mesti tambah agar Graf di masa akan datang semakin naik dan tidak menampakkan penurunan. Kita sedia maklum, warna Hijau iaitu kadar kemiskinan di kampung bokara bukannya menurun tetapi menampakkan peningkatan, oleh itu ktia berharap kepada semua warga kita bersama-sama lah kita memastikan agar Warna Hijau ini Akan menampakkan penurunan di masa akan datang. Tahun 2020 tidak lama lagi, lebih kurang 10 tahun dari sekarang, apakah kita sebagai warga generasi pelapis tidak mahu akan perubahan yang besar terhadap diri kita sama ada dalam Keusahawanan,Politik mahupun pekerjaan? Kita perlu berubah dan membuat perubahan kepada dirikita dan keluarga kita agar sedikit sebanyak kita dapat menyumbang kepada penurunan Graf warna hijau dan Menaikkan Graf warga Merah dan Biru dalam 10 tahun dari sekarang InsyaAllah... Saya berharap,walaupun 'Research' yang saya buat ini tidak menunjukkan angka yang tepat dan statistik yang tepat,tetapi ianya adalah fakta yang kita boleh rasai pada masa kini. Semoga semua kita generasi pelapis ini akan dapat beroleh kejayaan dalam segala bidang yang kita ceburi, InsyaAllah...

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan dan warga Kampung Bokara. moga di Raya qurban tahun ini akan memberikan keinsafan dan hidayah kepada kita semua.

Tuesday, November 24, 2009

PBBS tempat ke - 3 Program Keceriaan dan Cinta Alam 2009






Program Keceriaan Kampung dan Cinta Alam anjuran Penggerak Rakan Muda Batu Sapi (JBS)dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah (JASA) Cawangan Sandakan telah menempatkan Persatuan Belia Kampung Bokara Sandakan PBBS di tempat ketiga dalam Pertandingan tersebut. Program yang telah dijalankan dengan serba sederhana dan ringkas ini telah dapat dijadikan sebagai salah satu program yang bermanfaat kepada para belia yang telah mengikutinya. Program tersebut telah di rasmikan oleh Encik Jason Tan Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah YB Datuk Peter Pang En Yin.

Friday, November 6, 2009

" Jalan Panglima Adam ,atau Jalan Bokara Lama, mana lebih dulu ? "


Salam 1 Malaysia,

Sehingga hari ini ,saya sebagai anak jati kampung bokara berasa terkilan apabila papan tanda nama jalan masuk ke kampung bokara diletakkan nama JALAN BOKARA LAMA. Peliknya,dari mana pula nama JALAN BOKARA LAMA ini wujud? setahu saya, sejak dahulu kala lagi, jalan masuk ke kampung Bokara di namakan JALAN PANGLIMA ADAM.

Jalan Panglima Adam telah menjadi satu identiti kepada Kampung Bokara dan Nama ini juga sangat dikenali oleh warga kampung bokara termasuk juga kampung jiran iaitu Kampung Air.

Sungguhpun begitu,kepada warga kampung bokara, kita akan susul perkara ini kepada pihak berwajib dan ingin tahu penjelasan mengenai status Jalan berkenaan.