Sebagai anak jati Kampung Bokara, saya sering mencari sumber mengenai Kampung Bokara melalui rangkaian Internet,dan terdapat beberapa penulis yang menulis cerita mempunyai kaitan dengan Kampung Bokara.
Buku 'On The Sulu Sea' yang ditulis oleh Mrs.Supriya Singh suatu ketika dulu mencerita situasi kehidupan seharian penduduk Kampung Bokara. Saya juga telah dapat mengesan penulis Blog yang menulis bahwa Panglima Adam salah seorang keturunan 'Tuan Masaik' yang mana sumber ini saya perolehi daripada laman blog tuanmasaikketurunanbuluhbetong.blogspot.com. Walaubagaimanapun,penulis blog ini tidak mendedahkan identiti sepenuhnya. Saya juga mempunyai kaitan dengan keluarga keturunan panglima Adam,dan ini kali pertama saya mendapat tahu bahawa Panglima Adam adalah mempunyai darah keturunan Tuan Masaik. Beberapa tahun lalu,terdapat juga keluarga keturunan andi matajang dari Indonesia yang mengesan generasi darah keturunan Andi Matajang yang mana Panglima Adam adalah dari keturunan tersebut. Dalam tahun ini,saya akan cuba kumpul fakta,cerita mahupun buku serta laman blog internet yang mencerita apa sahaja mengenai Kampung Bokara.
Walaupun begitu,terdapat satu buku yang menceritakan kehidupan Komuniti Simunul di Kampung Bokara yang mana salah ia adalah salah satu bab dalam BUKU KARYA DARMA III. Saya belum pernah membaca buku ini, sungguhpun begitu saya akan berusaha untuk mendapatkannya dan ingin tahu apa yang tertulis didalam buku tersebut.
Kepada anak-anak bokara yang berada diluar sana,adalah elok kiranya kita semua berganding bahu untuk mengumpul sebanyak mana buku,cerita ataupun laman blog yang menceritakan sedikit sebanyak mengenai Kampung Bokara. Ianya adalah bertujuan,agar generasi masa depan anak kampung bokara tidak lupa sejarah mengenai Kampung Bokara.
Post by Yaser 1 Mei 2009