Belajar Forex dengan saya

Thursday, February 13, 2014

Perjumpaan Saya dengan YB Encik Charles O Pang, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah

Tarikh 13 Februari 2014 jam 12:30 Tengah hari,saya telah mengunjungi YB Charles selaku ADUN Karamunting bagi membincangkan dan berkongsi pandangan berhubung permasalahan pentadbiran termasuk masalah rakyat di Kampung Bokara.

Beliau pada pandangan saya sangat bersifat terbuka malah boleh menerima pendapat mahupun pandangan dari pihak pimpinan UMNO tak kira peringkat.

Mengenai isu pentadbiran di Kampung Bokara,beliau lebih suka mengambil pendekatan tidak campur tangan dalam hal dalaman berkaitan kampung,malah mencadangkan satu alternatif terbaik bagi menyelesaikan kemelut isu tersebut.

Secara peribadi,saya masih tertanya-tanya apakah sebenarnya kriteria perlantikan pentadbiran dalam Kampung khasnya di Kampung Bokara yang seperti rojak mee.

"Mengkut sejarah, UMNO Cawangan Bokara sejak 1994 lagi diberi peranan untuk mentadbir kampung bokara dibawah kerajaan Barisan Nasional. Tidak banyak permasalahan timbul yang melibatkan perlantikan Ketua Kampung mahupun Jkkk di kampung ini.

Apa yang berlaku adalah, sejak persempadanan semula kawasan Parlimen, Kampung Bokara yang terletak di kawasan Mukim DUN Karamunting telah di pindahkan ke kawasan Parlimen baru yang dipanggil Parlimen Batu Sapi. Bermula dari itu,wujudlah campurtangan pihak tertentu untuk mengganggu gugat Pentadbiran Kampung sedia ada.

Selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, Kg.Bokara tidak mempunyai Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung ekoran wakil rakyat baru tidak menyokong/mencadangkan penama kepada penyandang asal jawatan tersebut dengan alasan "terdapat bantahan" pihak tertentu yang tidak dimakluman siapa orangnya. Malah sehingga kini tiada alasan kukuh mengenai isu tersebut. Sesuailah wakil rakyat tersebut digugurkan pada PRU 13 tahun 2013 yang lepas.

Pada tahun 2009,Ketua Kampung Bokara yang baru iaitu Tn Hj Eram Lattoh telah dilantik bagi menggantikan Ketua Kampung lama iaitu Tn Hj Syed Ismail Hj Syed Omar Ali. Berdasarkan fakta, Tn Hj Syed Ismail Hj Syed Omar Ali,adalah Ahli dan Veteren UMNO di Cawangan Bokara dan juga pejuang USNO,beliau ditamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Kampung Bokara tanpa melalui proses Perbincangan yang telus dan wakil rakyat pada waktu tersebut tidak menjelaskan sebab musabab beliau di tamatkan perkhidmatan.

Perlantikan Tn Hj Eram Lattoh sebagai Ketua Kampung Baru pada 2009 telah menyebabkan Cawangan UMNO Bokara seperti dianak tirikan oleh wakil rakyat.

Perlantikan Pengerusi JKKK Kg.Bokara pula telah dibuat pada November 2010 atas desakan daripada UMNO Cawangan Bokara untuk melantik pentadbir kampung. Oleh yang demikian, perlantikan saya sebagai Pengerusi JKKK pada waktu tersebut telah menyelesaikan kemelut pentadbiran kampung.

Malangnya,apa yang berlaku persepsi segelintir juak-juak politik di kampung ini masih lagi mempertikaikan malah membantah pentadbiran saya dengan sentimen peribadi yang tidak berasas sama sekali.

Sejak Januari 2012,pentadbiran kampung tidak terurus ekoran sikap wakil rakyat pada masa tersebut tidak mengendahkan
Permasalahan yang dihadapi.

Selepas PRU13,saya masih tidak faham apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem tadbir urus diperingkat Wakil Rakyat mahupun UMNO Batu Sapi yang seperti cerita bangau oh bangau, dalam menyelesaikan masalah pentadbiran.

Kesimpulannya,saya tidak hairan kenapa sistem tadbir urus  pemimpin di batu sapi ini tidak teratur, "Lihat saja jalan raya bokara - batu sapi". Bagaimana jalan rayanya,tak mustahil kepimpinannya macam itu.

Kita tidak boleh lagi berharap,tetapi rakyat Batu Sapi khasnya dalam UMNO ,kalau hendak lakukan transformasi,diri sendiri wajar di transformasi terlebih dahulu. Pemimpin di kawasan ini bukan sebagai harapan,mereka hanya sebagai Perantara diantara rakyat dan kerajaan. Sayang sekali,masih ada kelemahan yang ketara tetapi masih pula mendabik dada sebagai pemimpin yang berjasa. 

YASSER RASHDAN
Pengerusi GBBS Team merangkap
AJK Pemuda UMNO Batu Sapi.